Posts

Showing posts with the label Aaron Chia

Aaron-Wooi Yik Dinobatkan Juara Terbuka Singapura

Image
Pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih kejuaraan Terbuka Singapura dengan kemenangan hebat secara comeback pada Ahad 1 Jun 2025. Pasangan dunia ketiga, Aaron-Wooi Yik mengatasi keletihan untuk membalas dendam terhadap pasangan Korea Selatan tangga dunia ke-10 Kim Won Ho dan Seo Seung Jae, meraih kemenangan 15-21, 21-18, 21-19. Pasangan Korea itu pernah mengalahkan Aaron-Wooi Yik secara terus (22-20, 21-19) dalam separuh akhir Terbuka India Januari lalu, tetapi pasangan Malaysia itu membalas di Singapura untuk memenangi gelaran ketiga mereka selepas kejayaan di Kejohanan Badminton Asia April lalu dan Terbuka Thailand dua minggu lepas. Aaron-Wooi Yik membawa pulang wang kemenangan AS$74,000 (RM314,998), manakala Won Ho-Seung Jae memperoleh AS$35,000 (RM148,985). BACA juga: Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik ke pentas final [VIDEO] Aaron-Wooi Yik rangkul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik ke pentas final

Image
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan aksi konsisten apabila melangkah ke final keempat berturut-turut musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura. Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi, anak buah Herry Iman Pierngadi itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India 19-21, 21-10, 21-18. Walaupun sebelum ini pernah mengakui mereka penat kerana terpaksa beraksi secara berturut-turut, namun pilihan ketiga kejohanan itu tetap mempamerkan permainan luar biasa bagi membenam bekas beregu No.1 dunia itu. Wooi Yik mengakui mereka berdepan perlawanan cukup sukar kerana mengambil kira pengalaman dimiliki kedua-dua pemain lawan, sekali gus memerlukan dia dan Aaron kekal fokus hingga ke mata terakhir. High quality rally! 🔥 @HSBC_Sport #HSBCbadminton #BWFWorldTour #SingaporeOpen2025 pic.twitter.com/4bLQmLytY2 — BWF (@bwfmedia) May 30, ...