Posts

Showing posts with the label Final

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik ke pentas final

Image
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan aksi konsisten apabila melangkah ke final keempat berturut-turut musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura. Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi, anak buah Herry Iman Pierngadi itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India 19-21, 21-10, 21-18. Walaupun sebelum ini pernah mengakui mereka penat kerana terpaksa beraksi secara berturut-turut, namun pilihan ketiga kejohanan itu tetap mempamerkan permainan luar biasa bagi membenam bekas beregu No.1 dunia itu. Wooi Yik mengakui mereka berdepan perlawanan cukup sukar kerana mengambil kira pengalaman dimiliki kedua-dua pemain lawan, sekali gus memerlukan dia dan Aaron kekal fokus hingga ke mata terakhir. High quality rally! 🔥 @HSBC_Sport #HSBCbadminton #BWFWorldTour #SingaporeOpen2025 pic.twitter.com/4bLQmLytY2 — BWF (@bwfmedia) May 30, ...

Aaron-Wooi Yik rangkul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025

Image
  Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia apabila muncul juara pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China hari ini. Pada aksi di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo, pilihan keenam Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan pasangan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi, sekali gus menjadi beregu Malaysia pertama memenangi gelaran itu sejak Choong Tan Fook-Lee Wan Wah di Johor Bahru pada tahun 2007. Pada set pembukaan, bekas juara dunia 2022 itu bermula garang apabila mendahului 3-0, namun pasangan China berkenaan enggan mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan 15-15. Aaron-Wooi Yik kekal tenang dan menggunakan beberapa pukulan menarik dan tepat untuk menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-19 dalam perlawanan yang mendebarkan. Walaupun ketinggalan 9-11 pada waktu rehat set kedua, pemenang dua pingat gangsa Sukan Olimpik itu bangkit dengan semangat juang tinggi untuk mendahului 19-15, sebelum Aaron menamatkan...