PRN Sabah: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas mengesahkan mereka akan menggunakan logo parti masing-masing dan bukan simbol Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Tindakan itu menyebabkan kedua-dua parti tidak lagi berada dalam GRS susulan keputusan Majlis Tertinggi bahawa mana-mana parti komponen yang bertanding menggunakan logo sendiri tidak lagi menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan. Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat malam tadi yang berlangsung hampir dua jam, dipengerusikan Datuk Seri Hajiji Noor dan dihadiri presiden parti komponen. Beliau berkata Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee memaklumkankeputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu terikat dengan kuota agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dimuktamadkan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH). “Ini bermakna...