Posts

Showing posts with the label Mesin basuh

Inkues Zara Qairina: Zara Qairina mungkin melompat atau berayun (swing) dari tingkat tiga ke tanah di tempat mayat ditemui

Image
Zara Qairina Mahathir sama ada melompat atau berayun (swing) ke hadapan dari tingkat tiga untuk mayatnya jatuh di kedudukan di mana dia ditemui, demikian keterangan seorang ahli patologi forensik dalam inkues kematiannya hari ini. Pada hari kedua prosiding, ahli patologi forensik Dr. Jessie Hiu memberi keterangan bahawa, berdasarkan ketinggian Zara, dia tidak mungkin boleh melangkah dari tepi bangunan asramanya dan jatuh di tempat berhampiran longkang di mana mayatnya ditemui pada awal pagi 16 Julai. “Berdasarkan posisi dan lokasi di mana dia ditemui, dia sama ada terpaksa melompat atau memegang sesuatu dan berayun,” kata Dr. Hiu. Beliau menjelaskan bahawa adalah tidak mungkin Zara, 13 tahun, boleh jatuh di tempat itu jika dia hanya melangkah dari pagar konkrit tingkat tiga bangunan itu. “Untuk duduk dan jatuh dari pagar, seseorang itu akan jatuh ke hadapan dan mendarat secara songsang sama ada terus ke dalam longkang atau berhampirannya. Dalam posisi berdiri, jika seseorang melangkah ...