Posts

Showing posts with the label PMX

Siasatan SPRM Terhadap Bekas Pegawai Tabung Haji: Soalan Tentang Masa, Standard dan Label Politik

Image
Sejak beberapa hari lalu , SPRM dilaporkan menahan reman dan menyiasat beberapa bekas pegawai Lembaga Tabung Haji (LTH) berdasarkan laporan yang dibuat sekitar 2018 hingga 2019. Persoalan timbul mengapa siasatan dan tindakan reman baharu diambil selepas tujuh hingga lapan tahun. Ada spekulasi bahawa perkara itu mungkin pernah disiasat semasa pemerintahan PH 1.0 dan sepanjang hampir empat tahun Kerajaan Madani , tetapi tindakan lanjut hanya muncul selepas isu RCI Tabung Haji dihebohkan kira-kira tiga hari sebelum PRN Negeri Sembilan . Enam perkara yang dirujuk kepada SPRM adalah: Dakwaan rasuah dalam pembelian Ladang Weida Bhd oleh TH Plantation , anak syarikat LTH; Dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan Restoran Opah di KL Sentral; Dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan Restoran Nasi Dalca di tingkat 2 Bangunan Ibu Pejabat LTH; Dakwaan penyelewengan dan rasuah oleh bekas Ketua Pegawai Operasi LTH berkaitan kerja pengubahsuaian; Dakwaan p...

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Image
  PMX berkata hutang terbesar negara ialah 1MDB, tetapi beliau tidak mendedahkan berapa banyak aset yang telah dikumpul oleh 1MDB, aset yang berjumlah hampir ratusan bilion dijana oleh 1MDB. Orang awam tidak boleh keliru dengan nombor dan fakta. Ingat: angka dan fakta mesti tepat dan tidak diputarbelit. Kementerian Kewangan (MOF) memberi maklumat yang tidak konsisten mengenai fakta dan angka tepat berkaitan hutang dan aset 1MDB. Dua jawaban yang bercanggah dalam isu ini. Pada Ogos 2025, MOF menjawab sehingga 31 Julai 2025: · RM29.7 bilion telah dikembalikan kepada 1MDB melalui pelbagai penyelesaian. · Hutang baki 1MDB hanya RM9.02 bilion perlu dibayar pada 2039 — iaitu prinsipal RM5 bilion dan faedah terkumpul RM4.02 bilion sehingga 2039. Tetapi pada November 2025, MOF memberikan respons baru mengatakan sehingga 30 September 2025: · RM31.2 bilion telah dikembalikan. · Tiba-tiba, hutang baki 1MDB melonjak ke RM24.46 bilion, kononnya RM9.02 bilion untuk prinsipal dan faedah Sukuk 203...