Posts

Showing posts with the label Isteri PTD

Isteri Bekas PTD Salwani Didakwa Terima RM77,000 Hasil Aktiviti Haram

Image
Isteri kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan , Salwani Anuar @ Kamaruddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000, dua tahun lepas. Salwani, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad . ”Faham (pertuduhan), saya mengaku tidak bersalah,” katanya selepas pertuduhan dibacakan satu persatu. Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, wanita itu didakwa, sebagai pengawal Syarikat Wany Venture , telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram iaitu masing-masing berjumlah RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat tersebut di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II di sini, antara 24 Nov 2024 hingga 25 Nov 2025. Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiaya...