Posts

Showing posts with the label Jel

Papagomo dihukum penjara 30 hari, hina mahkamah

Image
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, selepas didapati melanggar perintah injunksi berhubung saman fitnah yang difailkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Pesuruhjaya Kehakiman GanTechiong ketika membacakan keputusan itu, mendapati Wan Muhammad Azri bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah berkenaan sebanyak dua kali. Bagi pelanggaran pertama awal tahun ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 hari, manakala bagi pelanggaran kedua pada Mei lalu, beliau turut dikenakan 15 hari penjara. Gan memerintahkan hukuman itu berjalan secara berasingan, menjadikan tempoh keseluruhan 30 hari. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan. Mahkamah turut memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM30,000 kepada Razarudin dalam tempoh tiga hingga empat hari. Injunksi itu sebelum ini dikeluarkan bagi menghalang Wan Muhammad Azri daripada...