Posts

Showing posts with the label Asyraf Wajdi

Penjelasan Isu Saman Mujahid dan penjualan aset Tabung Haji (TH): Penyelesaian tanpa permohonan maaf

Image
1. Latar Belakang Saman ​ Punca Saman: Saman Mujahid Yusof Rawa terhadap Asyraf Wajdi Dusuki berpunca daripada hantaran media sosial pada September 2019 bertajuk “ Tabung Haji Jual RM2.6b Ekuiti : YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan” . ​ Keputusan Saman: Kes tersebut diselesaikan pada 2022 tanpa sebarang permohonan maaf dan tanpa pembayaran ganti rugi . Asyraf Wajdi hanya memadam hantaran lama berkenaan. ​ Penyelesaian Bukan Bukti Fitnah: Penyelesaian kes ini tidak boleh dijadikan bukti bahawa UMNO memfitnah Mujahid atau bahawa tiada penjualan aset TH berlaku. ​2. Membezakan Tiga Isu Utama Penjualan Aset TH ​Terdapat kekeliruan dalam menyamakan tiga transaksi/isu yang berbeza: ​ Pelupusan Saham RM2.6 Bilion : ​Melibatkan pelupusan saham (termasuk saham TNB ) yang merupakan sebahagian daripada pengurusan portfolio biasa TH. ​Asyraf mempersoalkan perkara ini atas kapasiti Mujahid sebagai Menteri Agama yang bertanggungjawab. Cadangan Penjualan Ladang TH Plantations (76.2% K...

[VIDEO] 'Pas cuba berunding dengan Anwar, Zahid tanpa pengetahuan Muhyiddin' - Asyraf Wajdi

Image
Sejarah telah menyaksikan Pas beberapa kali beralih arah demi kelangsungan politiknya, walaupun hingga dianggap ‘menikam belakang’ kawan dalam gagasan politik yang disertai, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata, fakta menunjukkan Pas pernah bersama dengan hampir semua parti utama dalam negara, dan lebih memikirkan soal politik, berbanding UMNO yang tertumpu kepada soal dasar dan polisi negara. Dakwa Asyraf Wajdi lagi, Pas pernah menghantar wakil untuk berunding dengan pimpinan Kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO). Dan semua itu, tambahnya lagi, dilakukan tanpa pengetahuan rakan utama komponen Pas dalam Perikatan Nasional, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia). “Kalau tengok Pas, dia fokus kepada politik. Dan kita macam UMNO, kita fikir polisi Kerajaan, negara, bila kalah (pada PRU 2018) baru tahu banya...

YPM salur RM1,000 kepada keluarga pelajar UPSI mangsa nahas di JRTB - Asyraf Wajdi

Image
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban keluarga mangsa. "Hari ini saya berkesempatan mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi mangsa kemalangan bas melibatkan pelajar-pelajar UPSI di JRTB dan menyampaikan bantuan. "Jadi harapnya sumbangan RM1,000 secara segera ini dapat mengurangkan bebanan keluarga-keluarga yang datang hari ini untuk menziarahi mangsa kemalangan yang cukup menyayat hati kita semua," katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini. Sebanyak 15 pelajar UPSI maut dalam kejadian membabitkan sebuah bas persiaran dengan sebuah Perodua Alza pada kira-kira 1.10 pagi di JRTB, berdekatan Tasik Banding, Ge...