Posts

Showing posts with the label Etika politik

Video | Mohamad Hasan gesa parti komponen jangan 'curi' ahli – Kerajaan Perpaduan perlu ada etika politik

Image
  Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan, setiap parti komponen perlu mencapai kata sepakat untuk tidak menerima ahli dari parti sekutu lain bagi mengelakkan ketidakharmonian dalam kerajaan. "Jika mahu bekerjasama membentuk kerajaan, kita perlu ada persefahaman ini. Jika tidak, bagaimana kita boleh hidup secara harmoni?" Beliau berpendapat, jika parti-parti saling menerima ahli masing-masing, bagaimana Kerajaan Perpaduan boleh meneruskan kerjasama? Mohamad Hasan berharap mulai sekarang, semua parti menghentikan usaha menarik ahli parti komponen lain. "Saya tidak menyasarkan satu parti sahaja, tetapi semua parti komponen. Kita perlu jaga keharmonian antara parti kerana kita masih perlu bekerjasama memerintah negara." Beliau membuat kenyataan itu selepas merasmikan majlis pembukaan dewan sebuah sekolah kebangsaan di Senawang, Negeri Sembilan hari ini. Isu ini timbul selepas bekas pemimpin ...