Inkues Zara Qairina: Semua peguam kembali menjadi pihak berkepentingan
Mahkamah Koroner sebentar tadi membenarkan permohonan peguam-peguam yang mewakili lima remaja bawah umur yang didakwa terlibat dengan kes buli Zara Qairina Mahathir untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues membabitkan kematian pelajar Tingkatan Satu itu. Koroner Amir Shah Amir Hassan memutuskan demikian atas alasan kepentingan semua pihak perlu dilindungi. “Selepas membaca dan mendengar hujah kesemua pihak, saya mendapati hujah berkait dengan lima juvenil tersebut hanyalah spekulasi. Kesemua kepentingan semua pihak berhak dilindungi. “Saya benarkan permohonan peguam bagi remaja pertama hingga kelima sebagai pihak berkepentingan. Syarat-syarat yang dikenakan kepada peguam ibu bapa, turut terpakai kepada peguam-peguam lima remaja,”kata Amir Shah. Sebagai pihak berkepentingan, pihak yang diberikan keterangan dibenarkan untuk bertanya soalan tetapi bukan dalam cara soal balas, akan dibekalkan dokumen termasuk pernyataan saksi berkaitan prosiding. Pada awal prosiding, peguam-peguam m...