Posts

Showing posts with the label Video seks

'Cikgu Fadilah' lapor polis, tak puas hati video seks tersebar

Image
Cikgu Fadilah yang didenda atas kesalahan cuba melakukan perbuatan tidak bermoral dengan 'Abang Wiring' membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati apabila mendapati video seksnya tersebar. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah ketika mengesahkan menerima laporan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang. Beliau berkata, wanita itu membuat laporan polis pada 24 Mei lalu. "Wanita itu tidak berpuas hati apabila mendapati video seks dirinya tersebar dan polis turut membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "Polis sudah memeriksa telefon bimbit guru terbabit dan 'abang wiring' namun tidak menjumpai video seks berkenaan yang dipercayai sudah dipadamkan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya. Semalam, ju...