Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik ke pentas final
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan aksi konsisten apabila melangkah ke final keempat berturut-turut musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura. Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi, anak buah Herry Iman Pierngadi itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India 19-21, 21-10, 21-18. Walaupun sebelum ini pernah mengakui mereka penat kerana terpaksa beraksi secara berturut-turut, namun pilihan ketiga kejohanan itu tetap mempamerkan permainan luar biasa bagi membenam bekas beregu No.1 dunia itu. Wooi Yik mengakui mereka berdepan perlawanan cukup sukar kerana mengambil kira pengalaman dimiliki kedua-dua pemain lawan, sekali gus memerlukan dia dan Aaron kekal fokus hingga ke mata terakhir. High quality rally! 🔥 @HSBC_Sport #HSBCbadminton #BWFWorldTour #SingaporeOpen2025 pic.twitter.com/4bLQmLytY2 — BWF (@bwfmedia) May 30, ...