Posts

Showing posts with the label Yes

YTL Communications Lancar Tawaran Prabayar 5G Advanced Melalui Yes

Image
YTL Communications Sdn Bhd, melalui jenama perkhidmatannya Yes , melancarkan produk prabayar 5G Advanced pertamanya dengan pengenalan pek permulaan yes 5G Advanced. Ketua Pegawai Eksekutif Wing K Lee berkata Yes menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan teknologi 5G Advanced pada pelan prabayar, menjadikan ketersambungan yang premium untuk generasi akan datang. Ia boleh diakses oleh semua dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati ketersambungan yang lebih pantas dan responsif sesuai dengan keperluan dalam kehidupan moden masa kini. “Apabila Yes 5G Advanced dilancarkan pada Oktober, kami telah menaik taraf semua pelanggan pascabayar dan jalur lebar untuk menikmati teknologi 5G bertaraf dunia tanpa sebarang kos tambahan. Hari ini, kami membawakan 5G Advanced kepada semua pelanggan prabayar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ditetapkan pada harga serendah RM10, pek permulaan ini menawarkan data 20GB, kelajuan tanpa had dan tempoh sah 30 hari ...