Posts

Showing posts with the label Aset 1MDB

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses membawa pulang aset-aset bernilai tinggi yang berkaitan dengan usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tindakan selanjutnya. Menurut sumber, SPRM ketika ini sedang menilai keperluan logistik serta kos yang terlibat bagi  membawa pulang aset-aset berkenaan. Dianggarkan 12 lukisan milik Jasmine Loo dipegang Christie's dan Sotheby's Auction House Amerika Syarikat (AS), antaranya Pablo Picasso L'Ecuyere et les clowns (1961); Joan Miró Composition (1953); William H. Bailey Still Life (b. 1930); Alexander Calder Studies for Sculpture (1898-1976) dan Henri Matisse Femme Assise (1869-1954), yang kesemuanya bernilai melebihi USD30 juta. “Aset yang berada di bawah jagaan Sotheby’s kini dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia melalui penghantaran, manakala aset yang berada di bawah jagaan Christie’s hanya boleh diserahkan melalui perintah mahkamah di Amerika Syarikat, khususnya melalui kerja...