Posts

Showing posts with the label Ab Rauf Yusoh

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Image
Melaka memasuki fasa transformasi baharu selepas pelantikan Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh . Dengan visi Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035), pentadbiran beliau meletakkan matlamat menjadikan Melaka negeri maju, berdaya saing dan sejahtera berteraskan tadbir urus cekap dan ekonomi bernilai tinggi. Prestasi ini mendapat pengiktirafan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang memuji pelaksanaan lebih 200 inisiatif pembangunan yang memberi manfaat kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. YAB Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Melaka kerana antara negeri yang mencatat kejayaan membanggakan menarik pelaburan Hi-Tec, Data Center, Artificial Intelligence dan semikonduktor.  1. Teras Dasar: PSMJ 2035 dan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Nadi utama pentadbiran ialah Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035). Pelan ini memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi patuh syariah, industri halal dan ...

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Image
Industri aeroangkasa negara memasuki fasa lebih maju berikutan rancangan membangunkan sebuah kilang pemasangan helikopter di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam. Ia susulan keputusan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM16.45 billion bagi pembinaan kemudahan tersebut. Kilang ini akan dibina di kawasan seluas 6.88 hektar yang dijangka siap dalam tempoh 3 tahun. Sepertimana diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Selasa, kontrak pembangunan kilang berkenaan diberi kepada syarikat tempatan, Weststar Group yang juga pengendali helikopter terbesar di rantau ini. Tinjauan tapak juga telah diadakan oleh pihak Weststar Group bersama kerajaan negeri Melaka. Selain kilang pemasangan helikopter, ia juga akan menjadi hab penyelenggaraan helikopter meliputi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). Berbanding lapangan terbang di negeri lain, lokasi LTAM Batu Berendam tidak sibuk dengan aktiviti penerbangan selain mempunyai kawasan...