Posts

Showing posts with the label Kepimpinan

Pas mahu ambil alih kepimpinan PN

Image
Pas mengesahkan akan mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional (PN) berikutan peletakan jawatan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa semalam. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan barisan kepimpinan baharu PN akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi gabungan pembangkang tersebut pada masa terdekat. “Mesyuarat (Majlis Tertinggi PN) itu akan dihadiri kepimpinan yang masih tinggal. Yang sudah meletak jawatan, terpulang kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Masjid Rusila di sini hari ini. Terdahulu Muhyiddin yang Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN diikuti beberapa pemimpin-pemimpin parti itu di peringkat pusat dan negeri termasuk Setiuasaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali . Abdul Hadi bagaimanapun membayangkan keberatan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi PN baharu berikutan tahap kesihatannya pada masa ini yang sedikit uzur. Sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu me...