Posts

Showing posts with the label Lamag

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan - Hajij

Image
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkemungkinan besar tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan yang dijadual berlangsung pada 24 Jan tahun hadapan. Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS secara prinsip memberikan laluan dan penghormatan, terutama kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang menang di kawasan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 , pada 29 Nov lepas.  “Kita akan bagi penghormatan kepada parti yang menang. Kebetulan ia dalam kerajaan negeri sekarang ini. “Kita akan beri laluan dan akan bantu mereka untuk memenangi Pilihan Raya Kecil itu,” katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN Sabah, di sini hari ini. Ditanya apakah keputusan itu melibatkan kedua-dua kawasan DUN dan Parlimen itu, Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu bagi memuktamadkan perkara berkenaan. Beliau berkata ini termasuk mengadakan perbincangan bersama kepimpinan ...

PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag Pada 24 Jan 2026 - SPR

Image
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah pada 24  Jan 2026. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 10 Jan dan 20 Jan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan dan tarikh penting berkaitan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Menara SPR di sini hari ini. PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag perlu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Dis lepas di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah . Ramlan berkata daftar pemilih bagi PRK berkenaan mengandungi seramai 48,722 pemilih, terdiri daripada 48,526 pengundi biasa dan 196 polis yang merupakan pengundi awal. Beliau turut memaklumkan bahawa peruntukan bagi mengadakan PRK Kinabatangan dan DUN Lamag berjumlah RM10 j...