[Video] Nahas pembinaan LRT 3, pekerja terperangkap bawah runtuhan
Lima pekerja asing terperangkap di bawah perancah besi yang runtuh di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kenyataan, mereka berjaya mengeluarkan empat mangsa terperangkap yang mengalami kecederaan ringan, manakala usaha masih diteruskan untuk menyelamatkan seorang lagi pekerja yang terperangkap. Kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang di depan Hotel Premiere di Bandar Bukit Tinggi. Dua balai bomba terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan anggota tiba di tempat kejadian sekitar 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan. “Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.