Posts

Showing posts from February, 2025

Hud Aryan ditemukan selepas laungan azan di sungai

Image
Tanah Merah: "Allah pinjamkan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi kepada kami hanya 19 bulan sebelum Allah tarik semula." Demikian luahan Azean Suhaili Sisiliawati Ramley, 42, iaitu ibu saudara Hud Aryan ketika ditemui di Hospital Tanah Merah (HTM) di sini. Katanya, dia yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) tadi memaklumkan jenayah anak saudaranya itu ditemui selepas beberapa kali laungan azan di sungai berkenaan. "Saya turut naik bot bersama polis dan bomba. Ketika berada di sungai itu kami turut melaungkan azan dan tidak lama kemudian pasukan yang berada di lokasi lain tidak jauh dari kami menghubungi memaklumkan mayat Hud Aryan ditemui. "Allahuakbar tak tahu nak rasa macam mana namun kami sekeluarga reda. Allah sayangkan Hud Aryan. "Saya tatap jenazah Hud Aryan, mayatnya lengkap dan masih elok berpakaian," katanya sambil menahan tangis. Beliau turut bersyukur penantian mereka sekeluarga terjawab walaupun berat untuk menerima ujian berkenaan. ...

Kes khalwat Ruhaines, Aliff Aziz selesai?

Image
Penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies didakwa sudah membayar denda berjumlah RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac tahun lalu. Menurut sumber, bayaran denda tersebut diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung pada Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini. Difahamkan, prosiding tersebut berlangsung tanpa pengetahuan pihak media. Sebelum ini, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini menetapkan 20 dan 27 Februari ini bagi perbicaraan kes khalwat dua pelakon tersebut. Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan. Bagaimanapun, kelibat kedua-dua selebriti berkenaan termasuk peguam mewakili mereka tidak kelihatan di mahkamah pada 20 Februari lalu. Sementara itu, peguam syarie yang mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penges...

Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM200,000 rai 200 graduan cemerlang

Image
Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan RM200,000 kepada 200 graduan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Kesemua mereka menerima RM1,000 sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 ke atas. Penghargaan itu diberikan kepada graduan yang menamatkan pengajian dari Januari 2022 hingga Ogos tahun lalu. Majlis tahunan kali ke-7 itu terus menunjukkan peningkatan jumlah penerima, sekali gus membuktikan komitmen YBR dalam menyokong kecemerlangan pendidikan negara. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif ini mampu membuka mata masyarakat tentang peranan YBR dalam membantu pendidikan dan memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kejayaan. “Inisiatif ini sedikit sebanyak mendorong anak-anak muda untuk mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dalam membina masa depan yang lebih gemilang,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan, semalam. ...

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC

Image
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh penggantungan lesen itu, syarikat tidak boleh membuat sebarang urus niaga baharu termasuk pengiklanan jualan pakej dan memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan. Pada masa sama, syarikat berkenaan dinasihatkan untuk menyelesaikan semua perjalanan yang telah ditempah atau dibayar. "Setakat ini, MOTAC telah menerima lapan aduan dengan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM180,116 terhadap syarikat pengendali umrah berkenaan. "Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Akta 482 berhubung perubahan material dalam pakej umrah yang ditawarkan," menurut kenyataan itu. MOTAC turut mendapati rekod terdahulu telah menunjukkan syarikat berkenaan telah di...

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid

Image
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang bagi memastikan lebih banyak pembangunan dan kemajuan dapat dilaksanakan di negeri itu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi BN berkata untuk menjadi parti dominan UMNO dan BN perlu memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya negeri ke-17 berbanding PRN sebelum ini. "Sebagai orang nombor dua di Putrajaya, saya akan tetap bisik kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sila bawa kemajuan lebih banyak ke Sabah ini, itu sebab saya sebagai Menteri di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Sabah menerima peruntukan terbesar daripada KKDW. "Sebelum kita menghadapi pilihan raya (pun) saya telah melakukan yang terbaik untuk Sabah apalagi kalau kita menjadi dominan," katanya ketika berucap menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Sabah ke-34 di sini har...

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan

Image
UMNO Perak tidak memandang mudah keupayaan mana-mana pihak lawan, namun akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning terus kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan. “Di atas kertas sepatutnya ia beri kemenangan besar kepada calon Kerajaan MADANI. Ini kerana jika kita ambil perkiraan mudah, pada pilihan raya lepas, BN memperoleh lebih 9,000 undi manakala PH (Pakatan Harapan) sekitar 6,000 undi. “Jika ditambah, bermakna kita ada 15,000 undi melalui kedua-dua gabungan. Namun, kita tak boleh pandang mudah sebab perkara seumpama ini sifatnya dinamik. Usaha perlu diteruskan untuk berjumpa dan menemui pengundi terutama pengundi baharu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia di ...

Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai

Image
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes saman terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. SHAH ALAM, 26 Feb (Bernama) -- Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Amirudin Shari terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan membabitkan projek pembersihan Sungai Klang selesai, selepas Menteri Besar Kedah itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Selangor di Mahkamah Tinggi di sini. Muhammad Sanusi, 50, membuat pernyataan maaf di hadapan Hakim Rozi Bainon hari ini yang kemudian merekodkan penghakiman persetujuan kedua-dua pihak berkenaan. Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan kenyataan permohonan maaf oleh Muhammad Sanusi disiarkan kepada umum. Terdahulu, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Amirudin memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan menerusi empat terma persetujuan antaranya defendan (Muhammad Sanusi) perlu membuat permohona...

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'Wali' - Ahmad Zahid

Image
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' -boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan. "Kita beri peluang kepada semua kumpulan dan kita akan senarai pendek bakal-bakal calon berkenaan," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA Berhad di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pemuda UMNO yang dilaporkan mempunyai calon yang berpotensi dan tidak menolak kemungkinan untuk melobi bagi PRK DUN Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangny...

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pertahan emas keirin

Image
Pelumba basikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri membuktikan status selaku juara bertahan sama sekali tidak tergugat, selepas berjaya mengungguli pingat emas acara keirin elit wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional. Pelumba berusia 22 tahun itu, mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjadi pelumba pertama yang melintasi garisan penamat sekali gus mengulangi pencapaiannya di ATC edisi lepas di New Delhi, India. Anak jati Kedah itu tenang memberikan saingan kompetitif mengatasi pencabar dari Korea Selatan Kim Haeun yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala gangsa acara itu menjadi milik pelumba China Guo Yufang. “Kejayaan ini cukup bermakna bagi saya dan tidak sangka turut dapat menewaskan Mina Sato dari Jepun (juara dunia turut berada dalam perlumbaan akhir), kerana dia masih berada di kemuncak prestasi. “Namun, saya sudah buktikan bahawa saya juga mampu bersaing di peringkat tertinggi (menerusi keputusan hari ini),” katanya k...

Arahan izin pindah kes bunuh graduan UPSI, Nur Farah Kartini ke Mahkamah Tinggi pada 28 Mei

Image
HULU SELANGOR – Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini menetapkan 28 Mei bagi arahan izin untuk memindahkan kes anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Eirene Nabila Amani Williams-Hunt memaklumkan telah menerima dokumen lengkap termasuk laporan kimia dan laporan patologi. “Bagi kes ini, laporan-laporan semua sudah tersedia. Jadi saya mohon satu tarikh lanjut untuk izin dakwa,” katanya. Peguam bela, Nur Aida Zainuddin, yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan masa yang lebih panjang. Mengikut pertuduhan, didakwa telah menyebabkan kematian seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 26, di antara 10 Julai, pukul 9 pagi dan 15 Julai 2024, pukul 6 petang di Ladang SKC Kledang, Hulu ...

18 maut, 39 cedera apabila bas pelancongan terbalik di Prachin Buri

Image
Kejadian ini berlaku kira-kira pukul 4 pagi 26 Februari 2025, apabila sebuah bas pelancongan dari daerah Phon Charoen, Bueng Kan, hilang kawalan di selekoh Lebuh Raya 304 dalam perjalanan ke wilayah Rayong. Kenderaan itu terbalik dan mengalami kerosakan teruk. Polis tempatan dan pasukan penyelamat berusaha mengangkut yang cedera ke Hospital Nadi dan Hospital Kabinburi untuk rawatan perubatan. Jalan raya dikosongkan untuk memudahkan lalu lintas, sementara siasatan dijalankan untuk menentukan punca kemalangan. Menurut pegawai, kemalangan ini melibatkan bas ketiga daripada tiga bas pelancongan yang membawa 47 orang dari kampung dari daerah Phon Charoen, Bueng Kan, dan dua pemandu. Seorang penumpang di dalam bas yang terbalik itu berkata bahawa dia terjaga akibat kemalangan tersebut, menyebabkan ramai penumpang di dalam kenderaan itu terhumban ke arah yang berbeza. Semua penumpang adalah jiran yang tinggal berdekatan antara satu sama lain, katanya. Seorang pemandu treler, Chayapol Sophakul...

Thailand melancarkan platform pertanian pintar berkuasa AI dan IoT

Image
Thailand telah melancarkan platform pertanian pintar baharu,  “HandySense B-Farm” , yang memanfaatkan kuasa sensor pintar, kecerdasan buatan (AI), dan Internet of Things (IoT) untuk membantu petani mengawal dan mengurus ladang mereka dengan lebih cekap. Platform ini diharap dapat mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing sektor pertanian Thailand di peringkat global. HandySense B-Farm baru-baru ini dilancarkan oleh  Pusat Teknologi Elektronik dan Komputer Kebangsaan (NECTEC)  sebagai sebahagian daripada dasar promosi pertanian digital oleh  Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Kebangsaan . "Pelancaran HandySense B-Farm menandakan satu lagi pencapaian penting untuk sektor pertanian Thailand, membolehkan petani menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan keupayaan mereka dan mempromosikan kelestarian dalam pertanian negara," kata Timbalan Pengarah NECTEC,  Panita Pongpaibool , pada hari Jumaat. "Platform ini mencerminkan matlamat NECTEC dan semua organis...

Dua anggota ranger cedera dalam letupan di Mo Mawee, Yarang, Pattani

Image
Dua anggota ranger para-tentera cedera dalam satu letupan di tepi jalan di daerah Yarang, wilayah Pattani hari ini. Mereka sedang dalam perjalanan pulang ke berek mereka dengan menaiki sebuah kenderaan pikap selepas menyelesaikan rondaan rutin. Ketika kenderaan itu melalui sebuah jalan di sub-daerah Mo Mawee, pemberontak yang bersembunyi di dalam semak telah meletupkan alat letupan improvisasi (IED) yang disembunyikan di bawah jalan. Letupan itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kenderaan tersebut dan daya letupan serta serpihannya telah mencederakan kedua-dua anggota ranger, yang kemudiannya dibawa ke hospital daerah. Letupan bom ini berlaku dua hari selepas bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra membuat lawatan pertamanya ke wilayah Narathiwat dalam tempoh 20 tahun, di mana beliau memohon maaf daripada umat Islam berkenaan pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai pada 25 Oktober 2004. Beliau juga memberitahu mereka bahawa beliau berharap untuk melihat peningkatan dalam keadaan di Sela...

Serangan bom pemberontak di Lapangan Terbang Narathiwat menjelang lawatan Thaksin

Image
Satu serangan bom oleh pemberontak berlaku di Lapangan Terbang Narathiwat, daerah Mueang, pada hari Ahad, menjelang lawatan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra untuk perbincangan keselamatan. Letupan berlaku di kawasan tempat sebuah trak berwarna perak diparkir, tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. Pihak berkuasa telah menutup lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan. Siasatan sedang dijalankan kerana dipercayai serangan ini bertujuan  menimbulkan panik  sebelum lawatan Thaksin ke tiga wilayah paling selatan (Pattani, Yala, dan Narathiwat) pada hari ini. Sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN tahun ini, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, lawatan Thaksin bertujuan untuk  perbincangan keselamatan  bagi menangani konflik di selatan Thailand. Butiran Lawatan : Thaksin disertai oleh  Menteri Pertahanan Phumtham Wechayachai  dan  Menteri Keadilan Tawee Sodsong . Rombongan akan mengunjungi  Wat Prachum Cholthara ...

11 Cedera dalam Serangan Bom Pengganas di Bannang Sata, Yala

Image
Sebelas anggota polis dan orang awam cedera akibat serangan bom oleh gerila pemisah di daerah Bannang Sata, Yala pada malam Sabtu. Letupan berlaku di luar sebuah kedai serbaneka berhampiran Wat Neranjarawas, mengakibatkan tujuh anggota polis dan empat orang awam cedera. Semua yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Pasukan keselamatan telah dihantar untuk membersihkan lokasi kejadian dan memastikan keselamatan penduduk. Siasatan sedang dijalankan kerana dipercayai serangan ini bertujuan untuk menimbulkan panik di kawasan tersebut. Serangan bom ini berlaku menjelang lawatan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ke tiga wilayah paling selatan (Pattani, Yala, dan Narathiwat) pada hari Ahad. Sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN tahun ini, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, lawatan ini bertujuan untuk membincangkan isu keselamatan dan mencari penyelesaian terhadap keganasan di selatan Thailand. Yala, salah sebuah wilayah paling selatan Thailand, telah lama  dilan...

Malakoff kembali untung bagi tahun kewangan 2024

Image
Malakoff Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan keuntungan bersih RM268.69 juta berbanding kerugian bersih RM837.16 juta pada tahun kewangan 2023. Perolehan pula turun 1.1 peratus kepada RM8.97 bilion daripada RM9.07 bilion bagi tempoh yang sama. Prestasi perolehan itu disebabkan terutama oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah dicatatkan daripada Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) ekoran penurunan harga arang batu boleh guna (ACP). “Bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi dengan pembayaran tenaga lebih tinggi dicatatkan daripada Segari Energy Ventures Sdn Bhd (SEV) dan Prai Power Sdn Bhd selaras dengan faktor penghantaran yang lebih tinggi,” menurut Malakoff dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. Bagi prestasi kewangan suku keempat, Malakoff mencatatkan keuntungan bersih RM26.03 juta berbanding kerugian bersih RM357.12 juta pada suku sama tahun kewangan 2023 manakala perolehan berkurangan 4.4 peratus kepada RM2.16 bilio...