Pas mahu ambil alih kepimpinan PN


Pas mengesahkan akan mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional (PN) berikutan peletakan jawatan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa semalam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan barisan kepimpinan baharu PN akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi gabungan pembangkang tersebut pada masa terdekat.

“Mesyuarat (Majlis Tertinggi PN) itu akan dihadiri kepimpinan yang masih tinggal. Yang sudah meletak jawatan, terpulang kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu Muhyiddin yang Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN diikuti beberapa pemimpin-pemimpin parti itu di peringkat pusat dan negeri termasuk Setiuasaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Abdul Hadi bagaimanapun membayangkan keberatan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi PN baharu berikutan tahap kesihatannya pada masa ini yang sedikit uzur.

Sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, pemimpin kanan Pas lain akan dicadang untuk menyandang jawatan tertinggi PN tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan hubungan Pas dan Bersatu yang merupakan parti politik utama dalam gabungan PN masih utuh di sebalik peletakan jawatan Muhyiddin. 

Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因