Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16
Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak. Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penyakit terbabit merupakan antara yang perlu dihindari BN di mana ia dilihat menjadi punca kelemahan dalam beberapa PRU sebelum ini. Dalam hal ini, jelasnya, BN masih dibayangi penyakit delusi dengan mempercayai parti itu masih mendapat sokongan rakyat. “Kedua penyakit amnesia (mudah lupa). Terlupa akan sebab BN diwujudkan, lupa apa tujuan perjuangan asal dengan berkorban masa dan wang ringgit. Sebaliknya, kita kini bekerja untuk apa kita akan dapat. Ini perlu diperbetulkan. “Seterusnya penyakit inertia iaitu enggan buat perubahan. Keempat penyakit arrogant (sombong), tidak boleh terima teguran, tidak boleh terima kesalahan, tidak mahu bertolak ansur,” katanya Konvensyen BN Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Duni