Posting 2021 Jannuari 1-2
DATUK Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih atas tragedi menimpa sembilan mangsa termasuk kanak-kanak dan bayi yang maut selepas kenderaan pikap dinaiki terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Friso, Sarawak, semalam.
PPBM mesti hentikan segera ‘CURI’ dan ‘BELI’ ahli UMNO jika mahu selamatkan kerjasama
“Tiada kompromi”, UMNO Perak mahu tandingi semua kerusi dimenangi ‘pengkhianat’
Ketua UMNO Perak, Saarani Mohamad mahu semua kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu ditandinginya, walaupun wakil rakyat terbabit sudah melompat ke parti lain.
PAS hadapi kesulitan kerana sertai PN tanpa persetujuan UMNO, kata Tajuddin
Seramai 22 individu terdiri daripada 19 lelaki dan 3 wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan”Telecommunication Fraud” yang menyasarkan Warga Malaysia telah berjaya ditangkap pada 29 Disember 2020 oleh sepasukan polis dari Bahagian Risikan / Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di Ipoh, Perak.
Seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod lampau ditemukan mati dengan beberapa kesan tetakan pada badan di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, di sini hari ini.
Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam yang mahu memikat burung di kawasan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dengan pergelangan tangan kanan hampir putus.
PAS tidak mengubah pendiriannya mengenai pembasmian perjudian, walaupun kerajaan Perikatan Nasional yang disokongnya meningkatkan jumlah “cabutan khas” nombor ekor 4D kepada 22 kali setahun secara diam-diam.
Comments
Post a Comment