Posts

Showing posts with the label Jaslinda

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

Image
  Selepas dua minggu dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih , misteri kehilangan pendaki wanita, Jaslinda , akhirnya terjawab. Dia ditemui dalam keadaan selamat, sekaligus menamatkan penantian penuh debaran seluruh ahli keluarga dan rakyat Malaysia. Kronologi Penemuan Jaslinda ditemui oleh seorang warga Orang Asli bernama Bah Roslan di kawasan Kampung Lubuk Gaharu , Pos Musoh , Tapah, Perak . Sejurus selepas ditemui, dia segera dibawa ke rumah Tok Batin kawasan berkenaan, Batin Asmadi, untuk diberikan perlindungan awal sementara menanti ketibaan pihak berkuasa. Jaslinda kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Tapah bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan lanjut. "Saya Minum Air Hitam, Air Periuk Kera..." Menerusi sebuah video temu bual ringkas yang tular, Jaslinda sempat berkongsi serba sedikit pengalaman ngerinya bertahan hidup (survive) di dalam hutan tebal sepanjang dua minggu tanpa sebarang bekalan makanan. "Dua minggu tak makan....