Posts

Showing posts with the label Undi Cina

Wah, Formula Matematik Magis DAP: 100% Undi Cina = 112 Kerusi!

Image
  Sungguh mengagumkan. Pihak kita patut berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepada formula matematik terbaharu daripada Nga Kor Ming . ​Katanya, kalau masyarakat Cina bagi sokongan 100% padu kepada PH pada PRU16 , boom! PH akan menang 112 kerusi Parlimen dan boleh bentuk kerajaan sendiri tanpa perlu “tengok muka orang lain”. Romantik betul bunyinya, kan? Sekali dengar macam skrip filem adiwira. ​Tapi sebelum kita terbuai dengan mimpi indah ini, jom kita guna kalkulator kedai runcit sekejap untuk tengok "kehebatan" formula ini. ​Sila Ambil Gelas, Kita Perah Sampai Titisan Terakhir ​Persoalannya sekarang: pengundi Cina nak kena "tumpukan" sokongan macam mana lagi? ​Pada PRU15 yang lalu, sokongan pengundi Cina kepada PH/ DAP sudah pun dianggarkan mencecah 95% . Jadi, pelan genius Nga Kor Ming adalah memburu baki 5% lagi. Mari kita lihat impak magis baki 5% ini secara matematik: ​ Kawasan 60% pengundi Cina: Tambahan 5% undi ini hanya akan menaikkan 3% undi kes...