Posts

Showing posts with the label Tunku Nadzaruddin

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Image
  Akhirnya, selepas sekian lama kemelut yang penuh drama ala istana moden, Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar  telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu oleh Undang Yang Empat .  Ini adalah kemenangan adat Perpatih yang tulen. Bukan kemenangan politik, bukan kemenangan undang-undang ciptaan manusia yang boleh dipusing-pusing seperti roti canai, tapi kemenangan tradisi yang sudah berakar umbi ratusan tahun. Yang di-Pertuan Besar baharu ini bukan datang dari luar; beliau adalah darah daging dari rumah Tuanku Ja’afar, pewaris yang sah mengikut garis keturunan dan adat istiadat negeri.  Tentu sahaja, tidak ketinggalan usaha-usaha ‘heroik’ daripada pihak tertentu untuk menghalang perlantikan ini. Bermula dengan pelbagai hujah perlembagaan yang tiba-tiba muncul seperti cendawan selepas hujan, dakwaan ‘tidak sah’, ‘tidak mengikut prosedur’, dan pelbagai lagi al...