Posts

Showing posts from July, 2022

Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak

Image
Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160273/ Heboh tengah malam tadi (31 Julai 2022) orang ramai melihat objek dipercayai serpihan penggalak roket China yang dilancarkan pada 24 Julai 2022. Banyak video yang dimuatnaik di media sosial oleh netizen serpihan penggalak roket China melintasi ruang udara yang pada mulanya disangkakan meteor. Sebelum ini dilaporkan oleh pakar-pakar  astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline. Saintis-saintis  juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara. Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China. Penggalak seberat sekitar 22 tan itu dijan...

Mahkamah tidak akan bantu sembunyi hubungan luar nikah, kata hakim

Image
Mahkamah tidak akan bantu sembunyi hubungan luar nikah, kata hakim Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160263/ Hakim Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah dikemukakan bekas pembantu wanita seorang Ahli Parlimen pembangkang, meluahkan rasa terkilan kerana mahkamah dipergunakan untuk mencuci “kerja kotor” mereka di depan khalayak. Azimah Omar berkata, beliau tidak boleh menerima perlakuan tidak bermoral itu mahupun cubaan pasangan terbabit untuk “mencemarkan mahkamah” memandangkan sikap mereka yang tidak jujur dan menipu, menafikan kebenaran dan fakta hubungan luar nikah yang keji, tidak bermoral dan tidak wajar oleh pasangan berkenaan. Katanya, pihak berkenaan tidak akan mendapat sebarang bantuan daripada mahkamah sebagai instrumen untuk menipu dan menyembunyikan hubungan tidak bermoral mereka, yang merupakan penghinaan kepada dasar awam untuk menegakkan kesucian, ketenangan dan nilai murni perkahwinan. Azimah berkata mana-mana kamar, sekecil mana pun, yang dibenarkan untuk melay...

[VIDEO] Suspek terbabit kes pergaduhan guna senjata diburu

Image
[VIDEO] Suspek terbabit kes pergaduhan guna senjata diburu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160258/ KUALA TERENGGANU: Polis mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata berbahaya di sini, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, setakat ini, polis sudah menahan lapan lelaki berusia antara 23 dan 41 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan. Beliau berkata, pada Khamis lalu, pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan di luar sebuah kedai makan milik seorang wanita di Kuala Ibai, jam 9 malam. Susulan itu katanya, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati suasana di kawasan berkenaan, dalam keadaan biasa, dan percaya semua mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu sudah melarikan diri. "Hasil siasatan dan risikan mendapati dipercayai seramai 15 hingga 20 orang daripada dua kumpulan terbabit dalam pergaduhan itu dengan menggunakan senjata berbahaya," katanya menerusi kenyata...

Tandas dalam bilik tidur boleh undang jin, syaitan

Image
Tandas dalam bilik tidur boleh undang jin, syaitan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160254/ Tandas yang dibina di dalam bilik air boleh mengundang pelbagai ‘makhluk’ masuk ke bilik tidur kerana ia adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Bagaimanapun, katanya, ada cara untuk menghalang ‘makhluk’ berkenaan daripada memasuki bilik tidur rumah kita. Kebanyakan rumah moden ketika ini mempunyai tandas dalam bilik terutamanya bilik tidur utama atau ‘master bedroom’. Namun, tahukah kita sebenarnya bilik tidur yang mempunyai tandas di dalamnya adalah tidak ‘elok’ serta dikatakan tidak mematuhi syariah. Memetik perkongsian di laman Facebook Malaysia Viral, seorang individu memaklumkan tandas yang dibina di dalam bilik air boleh mengundang pelbagai ‘makhluk’ masuk ke bilik tidur kerana ia adalah tempat tinggal jin dan syaitan. “Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur, a...

[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu

Image
[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160250/ JELI – Kegembiraan seorang lelaki berkelah bersama tiga sepupunya di Lata Renyut di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia tergelincir ke dalam sungai sebelum lemas. Difahamkan, mangsa, Izham Mohamad Saupi, 24, dari Kampung Baru Lubok Stol, Rantau Panjang mahu naik ke darat selepas mandi, namun tergelincir sebelum dihanyutkan arus sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari. Menurutnya, semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam. “Petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. “Mayat diserahkan kepada polis sebelum hantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat,” katanya.

Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled

Image
Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160209 Haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden, perdana menteri, mana-mana kelompok atau kluster. Ini penting untuk Umno menang pilihanraya dan mendapat mandat baharu. Perdana menteri harus menjadi suara kepada Umno manakala presiden parti pula menjadi jurubicara bangsa Umno mesti bersatu dengan satu haluan dan mencari jalan keluar daripada kerajaan sedia ada yang bersifat sementara melalui pilihan raya yang demokratik. Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden atau perdana menteri, mahupun mana-mana kelompok atau kluster. Beliau juga mengingatkan parti agar tidak terikut-ikut dengan segala percaturan atau perbalahan yang hanya akan melemahkan parti secara dalaman terutama ketika fokus utamanya adalah untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Untuk menang pilihan...

[VIDEO] Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP pada tahun 2016 untuk jadi PM, kata Kit Siang

Image
[VIDEO] Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP pada tahun 2016 untuk jadi PM, kata Kit Siang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160204 Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. Saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ibrahim menjadi calon perdana menteri Pengumuman daruratnya yang tidak sah dari segi perlembagaan selama enam bulan, antara rekod terburuk dunia dalam mengendalikan wabak Covid-19 Veteran DAP Lim Kit Siang menafikan dakwaan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun bahawa Muhyiddin Yassin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. “Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. “Saya tahu perkara ini kerana Muhyiddin telah meminta kepada saya untuk mendapatkan sokongan DAP bagi menjadi perdana menteri pada Julai 2016. “Tetapi saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwa...

Syak main kayu tiga, kepala isteri dipenggal suami, dibawa ke balai polis

Image
Syak main kayu tiga, kepala isteri dipenggal suami, dibawa ke balai polis Selanjutnya di: https://pakdin.my/160200 SYAK wasangka terhadap orang lain tanpa asas kukuh hanya mendatangkan keburukan. Apabila hati dan pemikiran sudah dikuasai perasaan syak, akan wujud rasa tidak puas hati atau hendak marah dengan pihak lain boleh jadi ahli keluarga, pasangan kita, rakan dan teman sepejabat. Begitu yang terjadi di Odisha, India, baru-baru ini. Dek kerana mengesyaki si isteri curang di belakangnya, seorang lelaki warga emas tergamak memenggal kepala wanita terbabit sebelum membawanya ke balai polis untuk menyerah diri. Difahamkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nakaphodi Majhi berasal dari Dhenkanal itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan. Menurut laporan Banten Raya, berang kerana mengesyaki si isteri bermain kayu tiga di belakangnya, lelaki berusia 55 tahun itu bertindak mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala isterinya. Walau bagaim...

[VIDEO] Remaja perempuan dituduh bersubahat dengan perogol

Image
[VIDEO] Remaja perempuan dituduh bersubahat dengan perogol Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160193 KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan bersubahat membabitkan jenayah rogol masing-masing secara individu serta rogol berkumpulan, pada pertengahan bulan yang lalu. Tertuduh yang berusia 16 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibaca di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan. Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja itu didakwa bersubahat dengan Muhammad Azeem Abdul Rahman, 20; Mohamad Ariff Haikal Arapin, 21; dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sembilan bulan dengan cara membenarkan dan menyebabkan seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berumur 15 tahun 11 bulan dirogol yang mana kesalahan rogol itu dilakukan atas sebab persubahatan tertuduh. Perbuatan itu dilakukan di rumah beralamat tidak bernombor di Taman Dovenby, Sungai Siput, antara jam 1 hingga 2 pagi...

RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO

Image
RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160188/ Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti tidak lebih dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang diterima beliau pada petang ini. Menurut beliau, surat itu memaklumkan RoS meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO dengan kelulusan itu berkuat kuasa hari ini. “RoS bersetuju kepada pindaan perlembagaan UMNO agar pemilihan di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).  “RoS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen. Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan ha...

[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh

Image
[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160182/ KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera tertimbus tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi. Mangsa Isa Sabri, 2 dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE). Manakala Siti Nur, 28, parah patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan di HQE. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.26 malam tadi. Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga. “Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki mana...

[VIDEO} 4 maut, 60 cedera susulan gempa bumi di utara Filipina

Image
[VIDEO} 4 maut, 60 cedera susulan gempa bumi di utara Filipina Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160175 MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda Pulau Luzon di utara Filipina setakat ini meragut empat nyawa selain lebih 60 mangsa dilaporkan cedera, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri. Setiausaha Dalam Negeri, Benjamin Abalos, dalam satu sidang media, berkata dua mangsa dilaporkan maut di wilayah Benguet dan seorang di wilayah Abra selain seorang lagi di satu lagi wilayah. Gempa bumi kuat berukuran magnitud 7.1 melanda Pulau Luzon di utara Filipina sehingga gegaran turut dirasai di ibu negara Manila, menurut tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Akibat gempa bumi itu, pesakit dan kakitangan sebuah hospital di wilayah Abra dipindahkan selepas sebahagian bangunan itu runtuh, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Datuk Bandar Lagangilang wilayah Abra, Rovelyn Villamor, berkata beberapa kawasan di negara itu masih mengalami gegaran susulan. "Kami menerima l...

[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah

Image
[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160170 HULU SELANGOR: Seorang pemandu lori rentung dalam kemalangan di jalan Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Bernam, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian 11.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit memandu lori Hino menghantar muatan batu kerikil dari Serendah ke tapak pelupusan sampah di Sungai Sabai. "Lori yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik jatuh ke ladang kelapa sawit. "Akibat kemalangan itu menyebabkan diesel tertumpah di atas mangsa dan terbakar," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Arsad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik

Image
[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160134/   Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang dipercayai melanda hampir di seluruh negara. Facebook TNB memaklumkan, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian “Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. “Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu seluruh negara panik ekoran gangguan elektrik yang tiba-tiba terjadi sekitar 12.45 tengah hari sehingga menjejaskan operasi pejabat. Gangguan itu juga berlaku di Lembah Klang apabila kawasan tumpuan seperti KLCC juga terkesan dengan bekalan elektrik lebih 20 minit. Malah keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Mahathir terima RM2.6 juta daripada UKSB

Image
Mahathir terima RM2.6 juta daripada UKSB Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159678/ Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi sumbangan politik berjumlah RM2.6 juta kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar di dalam komputer riba milik saksi itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini. Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah Mahathir menerima sumbangan politik, saksi berusia 47 tahun itu menjawab: “Ya dan parti (Bersatu)”. Saksi ke-17 itu memberitahu mahkamah sumbangan dana berkenaan dibayar melalui anak saudara Mahathir iaitu Tan Sri Rahmat Abu Bakar yang menggunakan kod nama ‘Kedahan’. Ahmad Zaidi : Kenapa anda membuat pembayaran kepada Tan Sri Rahmat? Tan : Saya ...

[VIDEO] Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Taiwan

Image
[VIDEO] Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Taiwan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159674 BEREGU muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Taiwan selepas menumpaskan wakil tuan rumah Lee Yang-Wang Chi-lin sebentar tadi (24/7/2022). Dalam aksi pentas akhir, pasangan yang kini berada di ranking ke-36 dunia itu mengejutkan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 apabila menang dalam pertarungan rubber set 21-18, 11-21, 21-18 selama 54 minit. Untuk rekod, kemenangan di Terbuka Taiwan itu merupakan kejuaraan kedua musim ini buat Wei Chong-Kai Wun selepas muncul juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India pada Januari lalu.

[VIDEO] 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah musnah dijilat api

Image
[VIDEO] 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah musnah dijilat api Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159670/ KUANTAN: Sebanyak 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, di Kampung Darat Sungai Ular, di sini, musnah dalam kebakaran jam 9 pagi tadi. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berikutan pondok berkenaan tiada penghuni kerana semua pelajar sedang bercuti. Pengetua Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, Zaidi Malik, berkata sebanyak 33 pondok di tahfiz itu musnah sekelip mata dijilat api dan menyifatkan kejadian itu terburuk dalam 10 tahun ia beroperasi. Zaidi berkata, ketika kebakaran berlaku, beliau dalam perjalanan ke Kelantan dan dimaklumkan mengenai perkara itu oleh penduduk kampung. "Saya berpatah balik untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku. Setiba di tempat kejadian, luluh hati saya melihat apa yang berlaku. Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," katanya. Sementara itu, seorang saksi kejadian yang juga...

[Video] Rangka dalam kereta tenggelam sungai dipercayai Muhammad Iman Aqmar yang hilang 10 bulan lalu

Image
[Video] Rangka dalam kereta tenggelam sungai dipercayai Muhammad Iman Aqmar yang hilang 10 bulan lalu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159664/ Mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas Kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan, selain pemeriksaan di dalamnya menemukan mayat diselaputi lumpur Siasatan awal terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan dibuat di Pasir Gudang 30 Oktober tahun lalu, seorang wanita, Asmawati Kadir, 55, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya, Muhammad Iman Aqmar Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lalu. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas ketika di...

[Video] Lima termasuk kanak-kanak maut kemalangan di Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik

Image
[Video] Lima termasuk kanak-kanak maut kemalangan di Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159653 GERIK: Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pacuan empat roda (4WD) berhampiran Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik pada 23/7/2022 jam 3:45 petang. Mangsa yang maut adalah Mohd Rodhi Othman, 58; Ahmad Khomaini Abu, 30; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata dua lagi mangsa cedera dalam nahas yang berlaku pada jam 3.45 petang (23/7/2022). Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan. "Nahas membabitkan sebuah kereta PERODUA Alza dengan Toyota Hilux. Semua mangsa yang maut menaiki PERODUA Alza, ma...

Ribut petir dijangka landa seluruh negara (23 Julai 2022)

Image
  Ribut petir dijangka landa seluruh negara (23 Julai 2022) Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159649 Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah. Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), keadaan tersebut yang dijangka berlaku sehingga 25 Julai ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir di kawasan terlibat. “Pembentukan awan ribut petir berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah. “Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sos...
Image
Jangan menari ikut pukulan gendang luar - Mohamad Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159645 Setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. Enggan melatah dengan tuduhan dilemparkan, selain menyifatkan hanya kepimpinan dalam parti itu yang mengetahui perkara sebenar. Kedudukan pembahagian kerusi antara parti dalam BN masih kekal dengan status quo. Kepimpinan tertinggi UMNO dinasihatkan tidak 'menari' mengikut pukulan gendang pihak luar yang mendakwa UMNO kini berpecah kepada beberapa kem. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. "Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu. Bak kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang. "Dalam u...

Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM?

Image
Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM? Selanjutnua di:  https://pakdin.my/159641 Sudah menyerahkan surat keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengubah fikiran namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar. Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton. Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, dilaporkan keluar daripada PPBM. Berdasarkan satu sumber, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu. Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap. "Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengub...

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Image
Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159637 Awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama bulan Oktober. Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah Mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti  Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan. Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan. “Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir. “Secara lazimnya,...

[Video] Halang Tommy keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu terjawab, kata Najib

Image
[Video] Halang Tommy keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu terjawab, kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159632 Notis saman timbang tara wakil Sulu dikemukan secara rasmi kepada Malaysia pada bulan Julai 2019 ketika kerajaan PH bermaharajalela. Surat Tommy Thomas dikatakan adalah punca keputusan ancam aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara. Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara tersebut. Dua ahli parlimen merangkap Timbalan Menteri kerajaan PH mendakwa mereka terkejut dan tidak pernah mengetahui kewujudan surat Tommy dan tidak tahu sekiranya surat tersebut mendapat mandat kerajaan PH. Ini soal kedaulatan negara dan soal ancaman kepada aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion. Isu yang amat berat sekali sebab telah disifatkan oleh mahkamah antarabangsa sebagai mengiktirafkan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Memandangkan Perdana Men...

[VIDEO] Lelaki tertekan pedal rempuh stesen minyak, pemilik rugi RM20,000

Image
[VIDEO] Lelaki tertekan pedal rempuh stesen minyak, pemilik rugi RM20,000 Selanjutnya di: https://pakdin.my/159617 MELAKA – Suasana di stesen minyak di Taman Rambai Utama di sini bertukar kecoh apabila sebuah kereta merempuh masuk ke dalam kedai serbaneka premis itu, malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu dipercayai berlaku selepas pemandu kereta jenis Proton Saga berusia 57 dipercayai telah tertekan pedal minyak secara tidak sengaja. Pengurus Stesen Minyak Petronas Taman Rambai Utama, Hafizi Che Hussin ketika ditemui pemberita memberitahu, ketika kejadian tiga orang pekerjanya sedang bertugas di bahagian kaunter. “Selain mereka ada dua pelanggan sedang berurusan di mesin pengeluaran automatik (ATM) dalam premis tersebut. “Mujurlah kereta itu merempuh cermin di bahagian tengah, kalau tidak pastinya pelanggan itu mengalami kecederaan parah,” katanya. Tambahnya lagi, dia juga lega apabila kesemua individu yang berada dalam premis terselamat, selain jumlah pengunjung yan...