[VIDEO] Suspek hina agama telah ditahan polis


[VIDEO] Suspek hina agama telah ditahan polis

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159612

Susulan kes hina agama, lelaki yang dikenali sebagai Muzil Juling telahpun ditahan polis di kediamannya hari ini. 

Terdahulu, suspek telah memuat naik video menghina agama Islam dan mencabar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk tampil mengambil tindakan terhadap dirinya. 

Bagaimanapun, tindakannya itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang mula mengesan lokasi sebenar lelaki itu sebelum didatangi sekumpulan lelaki bertindak membelasahnya. 

Ketika diserbu secara mengejut, lelaki itu disoal mengapa dia berbuat demikian dan apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah, dia akur dan mengucap dengan lancar. 

"Habis, kenapa kau buat benda macam ni?" soal salah seorang lelaki yang turut serta dalam serbuan itu. 

Dalam video terkini, kelihatan anggota polis hadir di lokasi kejadian dan suspek telah digari sebelum dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. 

Orang ramai dinasihat tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik sebarang kenyataan, video atau gambar yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga mencetuskan ketidakharmonian. 



Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因