Posts

Showing posts from March, 2023

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Image
[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020 Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata peguam Najib (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) telah dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir. “Peguam tidak berhujah selepas memaklumkan panel hakim bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian. Ini menyebabkan hanya satu pihak yang berhujah di hadapan panel terdahulu, iaitu Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram. “Pemohon (N...

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Image
Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999 KUWAIT CITY -- Mahkamah Jenayah Kuwait hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang “Sheikh”, rakan kongsinya, dan dua warga asing iaitu Jho Taek Low dan Bashar Kiwan atas kesalahan kes penyelewengan dana IMDB, iaitu kes pengubahan wang haram terbesar setakat ini di negara itu. Mahkamah itu yang diketuai oleh Kaunselor Faisal Al-Harbi turut menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun ke atas seorang peguam atas kesalahan sama. Menurut akhbar Kuwait Al-Qabas, mahkamah juga mewajibkan mereka untuk memulangkan semula wang sebanyak USD1 bilion (RM4.42 bilion) dan mengenakan denda sebanyak 145 juta dinar Kuwait (RM2.9 bilion).  Hasil siasatan menunjukkan hampir USD1 bilion telah masuk ke dalam akaun milik “Sheikh” warga Kuwait yang berpengaruh itu dan wang itu telah dialihkan ke luar negara. Nama sheikh terbabit termasuk rakan kongsi, mahupun peguam berk...

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Image
[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987 ISKANDAR PUTERI  -- Malaysia menutup jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini dengan bergaya, selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini. Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. Pan Gon membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama malam ini, apabila menurunkan Shahrul Mohd Saad serta Quentin Cheng di benteng pertahanan, sementara mempertaruhkan Nooa Laine dan Muhamad Nor Azam Abdul Azih di bahagian tengah. Pada aksi dihadiri 4,593 penonton itu, pasukan negara bermula perlahan dan bergelut mencari rentak permainan hampir dibolosi seawal minit keempat, selepas tandukan pemain pertahanan Hong K...

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Image
[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976 KUALA LUMPUR -- Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini menerima 50 unit ambulans bagi memperkasakan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali gus mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan anggota tentera. Aset-aset yang akan ditempatkan di kem-kem ATM dan hospital-hospital ATM di seluruh negara antaranya Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju, Kem Terendak di Melaka dan Gemas di Negeri Sembilan itu diterima oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. “Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. Saya berharap agar ambulans-ambulans ATM berkenaan dapat digunakan oleh pihak luar yang memerlukan rawatan perubatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Ambulans Domestik Perkhidmatan ATM di Pad...

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

Image
Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963 JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang selepas keracunan makanan akibat makan ikan buntal. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, wanita berusia 83, dan suaminya 84, membeli ikan itu melalui platform media sosial dan menerima barangan itu pada 25 Mac lalu. “Mereka membersihkan dan memasak ikan buntal itu untuk makan tengah hari sekitar pukul 3 petang, namun mangsa wanita mula mengalami kesukaran bernafas dan menggigil. Kira-kira sejam kemudian, suaminya mula menunjukkan simptom yang sama. “Anak lelaki mereka, yang tinggal di rumah berbeza membawa mereka ke unit kecemasan Hospital Enche’ Hajjah Kalsom untuk rawatan perubatan. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/uAAoecJvVGw “Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 7 ma...

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Image
[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952 JOHOR BAHRU -- Seorang pelukis pelan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik, tahun lepas. Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga dan satu pertuduhan pindaan, Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain. Keempat-empat hantaran itu didakwa dibuat antara 17 Mac 2022 hingga 18 Ogos 2022 dan telah dilihat oleh pengadu di sebuah bank di Kulai pada 2 petang, 14 Sept 2022. Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum...

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Image
[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera Siling menara Masjid Tifatul Jamaah yang terletak di Jalan Barukang 2, Kecamatan Ujung Tanah, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, pada Ahad (26/3/2023) petang, runtuh, mengakibatkan 14 jemaah solat Tarawikh cedera. Lima daripada mereka parah. Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih. Menurut saksi, kejadian itu di luar jangkaan kerana tiada tanda siling dibahagian kubah akan runtuh. Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. Daripada 5 orang itu, 4 daripadanya dikejarkan ke Hospital Tentera Laut dan seorang lagi yang mengalami kecederaan parah di kepala dikejarkan ke Hospital Akademik Makassar. Datuk Bandar Makassar Danny Pomanto berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesih...

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Image
[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit. "Mahkamah telah meneliti afidavit dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Ahmad Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah," kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan yang difailkan Ahmad Zahid menerusi peguamnya Datuk Hisyam Teh...

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Image
[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap gelombang kebangkitan baharu yang dimiliki UMNO kini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasa parti. Katanya ini termasuk perpaduan dalam kalangan ahli parti yang perlu diperkukuh selepas mengharungi Pemilihan UMNO sesi 2023-2026. “Saya telah berpesan kepada mereka bahawa yang menang itu tidak menang semua manakala kalah tidak kalah semua. “Maka keterangkuman ini saya lakukan demi mengukuhkan UMNO daripada tanggapan di luar sana bahawa ianya berada dalam caca marba “Kali ini keputusan yang dibuat di peringkat bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian apatah lagi di peringkat nasional memperlihatkan satu gelombang yang baharu. “Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. Beliau berkata demikian ketik...

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Image
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907 Impian beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, untuk meraih gelaran pertama di pentas final Kejohanan Terbuka Switzerland di Basel tidak kesampaian, selepas tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.  Selepas menamatkan cabaran di kedudukan kedua pada kejohanan sama pada edisi lepas, Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya dengan kemenangan 21-17, 19-21, 21-17 dalam tempoh 60 minit di St. Jakobshalle. Pada set pertama, Soon Huat-Shevon yang berada pada kedudukan ke-11 dunia tampak bertenaga untuk memberi saingan sengit kepada pasangan China itu, namun tidak dapat menandingi kehebatan mereka apabila ditundukkan 17-21. Pasangan Malaysia itu yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 14-16 kembali memperk...

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Image
[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896 PADANG - Bencana alam yang terjadi di beberapa wilayah Provinsi Sumatera Barat sejak Jumaat (24/3) hingga Sabtu menyebabkan seorang maut dan kawasan pemukiman digenangi air. Pemangku Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Provinsi Sumatera Barat Arry Yuswandi di Kota Padang, Sabtu, memaklumkan kejadian tanah runtuh di Jorong Ganang kp. Baruah, Nagari Sungai Landia, Kecamatan IV Koto, Kabupaten Agam, pagi Sabtu. Menurutnya, tanah runtuh melanda tandas di Masjid Nurul Ikhlas di Jorong Ganang kp. Baruah, menyebabkan seorang daripada dua orang yang berada di dalamnya meninggal dunia dan seorang lagi terpaksa menjalani rawatan. Selain itu, banjir melanda beberapa kampung di Kabupaten Pesisir Selatan, menenggelamkan kawasan pemukiman dan lebuh raya Sumatera Barat-Bengkulu. Menurut laporan yang diserahkan kepada BPBD, sebanyak 140 rumah penduduk di...

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883 PASIR PUTEH 26 Mac 2023 -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.  Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata pada Isnin, tangkapan pertama dilakukan pada 3.45 petang dan 4 petang, manakala pada Rabu tangkapan dibuat pada 8.45 pagi dan 10.57 pagi.  Katanya pada Isnin, semasa bot ronda APMM melaksanakan rondaan, dua bot nelayan Vietnam dikesan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang. "Bot pertama dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong. "Kedua-dua bot ditahan pada jarak kira-kira 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. Bot peronda mengambil masa lebih kurang 16 jam untuk mengiringi masuk kedua-dua ...

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Image
[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873 Pada jam 06:58 petang 25 Mac 2023,  Balai Bomba telah menerima panggilan kecemasan Orang hilang di Gunung Liang, Tanjung Malim. Sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi atur gerak pasukan SAR.  Pasukan SAR diketuai Ketua Balai Bomba Tanjung Malim dan turut hadir pegawai kanan dilokasi Ketua Zon 4 Perak.  Pasukan penyelamat yang terdiri daripada Bomba Tanjung Malim, PDRM dan Pasukan Bomba Sukarela Slim Village di atur gerak dalam usaha pencarian 3 mangsa yang di khuatiri sesat. Mereka dipercayai terkandas di kawasan Gunung Liang, Tanjung Malim ketika melakukan aktiviti mendaki. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa yang terperangkap pada 5:35 petang. "Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit ata...

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Image
[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861 LUBUKBASUNG - Dua jemaah subuh di Masjid Nurul Ikhlas Kampuang Baruah, Jorong Lilinang, Nagari Sungai Landia, Daerah Ampekkoto meninggal dunia dalam kejadian tanah longsor ketika berada di dalam tandas masjid tersebut, Sabtu (25/3) sekitar pukul 06:15 WIB. “Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal,” kata Ketua Eksekutif BPBD Agam Bambang Warsito di Lubukbasung. Beliau berkata, mangsa kritikal dikenali sebagai Darliana (70) dan mangsa telah dipindahkan ke Pusat Kesihatan Ampekkoto pada 06:45 WIB. Setibanya di Puskesmas, mangsa menghembuskan nafas terakhir dan mangsa telah dikebumikan di tanah perkuburan kaumnya. Manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Yanti (45) dan ditemui Pasukan Bersama serta penduduk setempat sekitar jam 07:40 WIB. Beliau berkata, tanah runtuh melanda tandas ...

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Image
[VIDEO]  60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851 Seramai 60 orang daripada 14 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir di Taiping malam ini 25 Mac 2023. Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Relong bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada 9.12 malam. "Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah," katanya sambil menambah cuaca ketika ini tidak hujan dan pelbagai agensi serta pasukan penyelamat sedang melakukan pemantauan di lokasi terlibat.

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong - Darren

Image
Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong - Darren BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838 Pemain Harimau Malaya bersedia untuk melakukan corak permainan lebih pantas seperti yang dimahukan ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon apabila Malaysia bertemu Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, Selasa depan. Penyerang pasukan kebangsaan kelahiran England Darren Lok berkata semua pemain jelas tentang pendekatan taktikal yang Pan Gon mahu cuba laksanakan sejak jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan itu mengambil alih pasukan berkenaan awal tahun lepas. “Jurulatih (Pan Gon) berada di sini selama setahun, kami amat mengetahui jenis bola sepak yang beliau inginkan dan sejak beliau datang ke kem latihan pertama, beliau jelaskan bahawa inilah (pantas) jenis bola sepak yang beliau mahukan (kami bermain). “Sebagai pemain kami harus memahaminya sekarang, jadi kami perlu pastikan lebih pantas ketika men...

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Image
[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827 BAGAN SERAI – Sebanyak enam buah khemah peniaga bazar Ramadan di Alor Pongsu, Bagan Serai rosak akibat dibadai angin ribut kira-kira pukul 2.30 petang 25 Mac 2023. Peniaga, Salina Che Tahe, 42, berkata, ketika kejadian dia berada di hadapan kaki lima sebuah kedai di tapak bazar tersebut. “Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin. Ada antara khemah tersebut patah besi dan koyak.” ketika ditemui di tapak bazar ramadan Alor Pongsu di sini hari ini. Seorang lagi peniaga, Robitah Razak, 37, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian itu setelah dihubungi oleh jiran niaganya. “Sebaik tiba di lokasi, saya lihat dua buah khemah di tapak saya seolah-olah runtuh separuh kerana besinya patah, manakala barangan niaga masih dalam keadaan selamat,” katanya. Menurutnya, khemah berniaga di kawasan itu  disew...

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Image
Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815 Persepsi buruk terhadap Islam membuatkan seorang wanita Orang Asli keturunan Temiar ingin mengetahui kebenaran perkara tersebut dengan menonton ceramah-ceramah mengenai Islam di media sosial. Bagaimanapun, selepas menonton beberapa ceramah daripada penceramah bebas, hati Siti Hawa, 19, kata-kata indah penceramah berkenaan mengenai Islam menjentik pintu hatinya. "Saya tidak kenal mereka tetapi setiap kali muncul di media sosial, saya akan melihat dan menghayatinya," katanya ketika ditemui di Pondok Pengajian Islam (PPI) di Kok Lanas di sini pada Jumaat. PPI menempatkan anak-anak Orang Asli yang mendalami ilmu asas agama Islam. Siti Hawa berkata, kini antara pendakwah bebas yang diminatinya ialah Ebit Lew dan Prof Dr Abdul Somad Batubara. Menurut Siti Hawa, niatnya untuk memeluk Islam semakin kuat apabila dia bermimpi dibelit dan dipatuk ular besar. Tidak puas hati dengan mimpi yang...

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Image
Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805 Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia semakin hampir meraih gelaran pertamanya musim ini selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Switzerland, sebentar tadi. Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 pada aksi suku akhir yang berlangsung di St Jakobshalle di Basel. Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan yang menyingkirkannya ketika pusingan kedua Terbuka Jerman, dua minggu lalu. Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah besar untuk beraksi di pentas final pertama dan memburu gelaran pertamanya musim ini apabila dijadual bertemu pemain daripada pusingan kelayakan dari Jepun, Koki Watanabe. Selepas mengharungi lima kejohanan sebelum ini, pencapaian terbaik Zii Jia adalah mara sehingga ke separuh akhir Seluruh England minggu lalu...

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Image
Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah Penyiasat SPRM beri keterangan wang RM140 juta yang dipindahkan ke dalam akaun SRC pada 12/12/2014 adalah dari pinjaman dari Maybank melalui Putra Perdana Development Sdn Bhd. Bukan dari KWAP.  Pegawai Penyiasat juga menyebut wang Maybank dipindahkan atas arahan Jho Low. Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tahu mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. VIDEO berkaitan: Laporan SPRM yang diberi kepada Memon telah terdedah! 1. Hakim Nazlan telah melakukan kesalahan sorok maklumat dan langgar kod etika hakim di bawah Perlembagaan Persekutuan 2. Dana RM42 juta tidak boleh dipastikan berasal dari SRC sebab dana RM170 juta telah dibayar oleh Putrajaya Perdana dan anak syarikatnya Permai Binaraya kepada SRC ketika itu. 3. Dana RM170 juta ini berasal dari pinjaman Maybank yang diluluskan ketika Nazlan merupakan Chief General Counsel Maybank 4. SPRM suruh Tengku Maimun ambil tindakan melanggar kod etika...

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Image
Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780 Sebuah pulau di Selatan Thailand bakal dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia. Koh Adang, yang terletak di wilayah sempadan selatan Satun, bakal menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia seperti Langkawi di Malaysia, menurut Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC). Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. SBPAC baru-baru ini mengadakan mesyuarat untuk membincangkan cara meningkatkan pelancongan wilayah itu, lapor The Phuket Express hari ini. Timbalan Ketua Setiausaha SBPAC, Chanathan Saengphum, menyatakan bahawa agensi berkaitan akan bekerjasama untuk membangunkan Koh Adang menjadi destinasi pelancongan utama dalam tempoh lima tahun akan datang. Projek ini bertujuan untuk menggelar Koh Adang sebagai "Rivera of Southeast Asia" dan membangunkannya sebagai destinasi ek...

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Image
Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769 Hulu Selangor: Seorang remaja lelaki putus jari kelingking selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Rasah menghala Ampang Pecah, dekat Kampung Napi, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.44 petang. Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian. "Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun. VIDEO berkaitan: "Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik," katanya ketika dihubungi, hari ini. Morni berkata, mangsa bagaimanapun bertindak keluar sendiri daripada keretanya sebelum bomba tiba di tempat kejadian. Beliau berkata, selain jari kelingking putus, mangsa juga c...

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Image
Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758 Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 6 Nov untuk mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah. Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris menetapkan 6 hingga 9 Nov untuk perbicaraan dan menetapkan 14 April bagi pengurusan kes sebelum perbicaraan. “Perbicaraan itu akan didengar Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff pada 10 pagi,” kata peguam itu selepas prosiding pengurusan kes secara dalam talian hari ini. Pada 20 April tahun lepas, Ahmad Zahid selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi...