Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal


Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang selepas keracunan makanan akibat makan ikan buntal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, wanita berusia 83, dan suaminya 84, membeli ikan itu melalui platform media sosial dan menerima barangan itu pada 25 Mac lalu.

“Mereka membersihkan dan memasak ikan buntal itu untuk makan tengah hari sekitar pukul 3 petang, namun mangsa wanita mula mengalami kesukaran bernafas dan menggigil. Kira-kira sejam kemudian, suaminya mula menunjukkan simptom yang sama.

“Anak lelaki mereka, yang tinggal di rumah berbeza membawa mereka ke unit kecemasan Hospital Enche’ Hajjah Kalsom untuk rawatan perubatan.

VIDEO berkaitan: https://youtu.be/uAAoecJvVGw

“Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 7 malam manakala suaminya masih menerima rawatan di ICU,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Tian Soon, pihaknya dimaklumkan kejadian itu merupakan pertama kali pasangan berkenaan memakan ikan buntal.

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat.

“Penjual yang berasal dari Batu Pahat itu kemudian menjual ikan tersebut secara dalam talian di mana 15 kilogram ikan buntal dijual kepada empat pelanggan di Chamek, empat di Paloh dan seorang di Yong Peng pada hari sama.

“Selain pasangan itu, pelanggan lain masih belum memakan ikan tersebut tetapi Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mendapatkan sampel ikan daripada penjual untuk analisis,” jelasnya.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Lin Xiu Wan, 83, manakala suaminya, Huang Chuan Xin, 84.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan apa yang mereka makan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan makanan yang diketahui mempunyai risiko kesihatan.

“Kerajaan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan terus memantau dan memastikan keselamatan makanan untuk penduduk negeri ini,” tambahnya.










Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma