[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera


[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera


Siling menara Masjid Tifatul Jamaah yang terletak di Jalan Barukang 2, Kecamatan Ujung Tanah, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, pada Ahad (26/3/2023) petang, runtuh, mengakibatkan 14 jemaah solat Tarawikh cedera. Lima daripada mereka parah.

Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih.

Menurut saksi, kejadian itu di luar jangkaan kerana tiada tanda siling dibahagian kubah akan runtuh.

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah.

Daripada 5 orang itu, 4 daripadanya dikejarkan ke Hospital Tentera Laut dan seorang lagi yang mengalami kecederaan parah di kepala dikejarkan ke Hospital Akademik Makassar.



Datuk Bandar Makassar Danny Pomanto berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesihatan masyarakat Pattingalloang dan Hospital Akademis Jaury.

Beliau juga mengarahkan semua pihak berkuasa yang berkaitan memberi sokongan kepada mangsa yang cedera dan mengarahkan penutupan sementara masjid.

Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama jabatan kerja awam bandar untuk mengenal pasti punca kejadian, ketua polis Pelabuhan Makassar Yudi Frianto dipetik media sebagai berkata.

Selepas kejadian itu, penduduk dan jemaah masjid bergotong-royong membersihkan serpihan yang masih berbaki, agar tidak mengganggu perjalanan solat seterusnya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL