[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar


[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163187

SIBU, 6 April: Peniaga bazar Ramadan yang ‘berputih mata’ susulan ribut di sini petang semalam memusnahkan tapak jualan mereka akan menerima bantuan kanopi baharu hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata bantuan tersebut akan diserahkan beliau bersama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada petang ini.

“Esok sebelum petang (hari ini) saya dan Pemuda PBB akan turun padang bagi menggantikan kanopi yang baharu kepada peniaga bazar Ramadan di Dataran Fasa 2 Tun Tuanku Haji Bujang,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata demikian menerusi satu hantaran video di Facebook rasminya, pada Rabu.

“Pemuda PBB mempunyai stok kanopi yang disimpan untuk disumbangkan kepada para peniaga di sini,” ujarnya.

https://youtu.be/NpTDFRaj5Hw

Namun sekiranya stok kanopi yang disimpan itu ujarnya tidak mencukupi beliau mengarahkan Pemuda PBB untuk mencari bekalan kanopi di sekitar Sibu.

Menurut beliau, ribut yang membadai bandar itu telah memusnahkan sebanyak 21 kanopi peniaga di bazar Ramadan berkenaan ekoran hujan lebat dan angin kencang yang berlaku lewat petang semalam.

Menerusi video berdurasi 1 minit 37 saat itu, Dr Annuar turut menitip kata semangat kepada para peniaga bazar berkenaan agar cekal meneruskan perniagaan mereka untuk mencari rezeki memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.

“Ribut petir dijangka melanda kawasan berkenaan sehingga pukul 1 pagi Khamis,” jelas MetMalaysia.

Orang ramai di Sibu yang memerlukan bantuan, boleh menghubungi talian kecemasan APM Sibu 999 atau hotline APM Sibu 084-220044.


BERITA sebelumnya:

Ribut petir badai Sibu

SIBU, April 6 -- Ribut petir yang menggerunkan telah membadai bandar Sibu kira-kira 6 petang semalam, ketika umat Islam sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa, telah menyebabkan kerosakan teruk.

Pokok tumbang, bumbung berterbangan dan tersangkut pada talian elektrik dan telekomunikasi serta jarak penglihatan rendah menyebabkan penduduk Sibu mengalami trauma kerana tidak pernah melihat kejadian sedemikian sebelum ini.

“Saya tidak dapat lihat apa-apa. Aliran trafik juga sangat perlahan,” kata Lerry Silas, seorang guru serta penganut Katolik yang akan menyertai program amal khas sempena Minggu Suci dan Good Friday menjelang perayaan Easter minggu ini.

Keadaan trafik juga sesak susulan masyarakat Cina yang baharu pulang daripada sambutan Festival Ching Ming pagi semalam keluar untuk makan malam atau mengunjungi bazar Ramadan untuk mencari juadah menarik di Dataran Bandar Sibu Fasa Dua.

Menurut rakaman video tular di platform media sosial, suasana kelam kabut dengan jeritan peniaga dan pelanggan yang dilihat berpaut pada tiang khemah bagi menghalang angin daripada menerbangkan khemah selain petir menyambar.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting Ing Horh dalam catatan di laman Facebook berkata Jalan Merdeka Barat kelihatan seperti medan perang dengan kejadian pokok tumbang.

Beliau juga turun padang untuk memantau kerja-kerja pembersihan yang dilakukan membabitkan pekerja majlis, bomba, kakitangan Jabatan Kerja Raya dan Pasukan 4x4 Sibu di sepanjang Jalan Merdeka Barat, Jalan Wong Soon Kai, Brooke Drive, Jalan Merdeka, Jalan Au Yong, Jalan Cherry dan Jalan Pahlawan.

“Ia adalah hari yang luar biasa, jarang melihat keadaan ribut menggerunkan berlaku selama 45 minit. Saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa,” menurut catatan beliau.

Dalam video lain yang turut tular, satu unit rumah flat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berlaku kerosakan teruk selepas tembok roboh.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian ribut itu dan memaklumkan enam flat kediaman anggota polis dan keluarga mereka mengalami kerosakan akibat angin kencang.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL