17 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran

 


17 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Baca seterusnya di: pakdin.my/167608

JOHOR BAHRU - Seramai 17 individu, termasuk 13 wanita dan seorang lelaki warga asing, ditahan polis di sini pada pukul 10.40 malam kelmarin, dipercayai terlibat aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi media sosial.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, "kesemua suspek berumur 21 hingga 49 tahun, ditahan menerusi dua operasi berasingan sekitar daerah itu.

"22 buah telefon bimbit, 27 keping kondom, lima gulung tisu, empat helai tuala, dua botol pelincir, wang tunai berjumlah RM3,400 dan 50 dollar singapura turut dirampas," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 A, dan 372 B, Kanun Keseksaan, serta Seksyen 6 (1)(C), Seksyen 15 (1)(C), dan Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959 / 63.

Polis Johor akan menjalankan operasi secara berterusan, bagi membanteras kegiatan pelacuran dalam negeri itu. - Berita RTM

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma