Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah


Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166554

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat berkait kes rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 63 dan 40 tahun itu ditahan lewat petang, semalam di Alor Setar, Kedah dan di ibu negara.

“Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 21 Julai ini.

“Perintah reman dikeluarkan masing-masing oleh Majistret Wan Shahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar dan Majistret Norsyakirah Che Hashim di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan reman dibuat SPRM,” katanya.

Katanya, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh syarikat terbabit mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020.

“Sehubungan itu, hasil siasatan yang dijalankan dapat mengesan beberapa pembayaran disyaki membabitkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta diberikan syarikat terbabit sebagai sogokan bagi melindungi kegiatan perlombongan haram ini dalam tempoh 2020 hingga 2023.

“Syarikat milik wanita yang ditahan reman itu dipercayai mendapat kelulusan untuk menjalankan projek pembangunan ladang hutan pokok getah klon balak (TLC) di dua kompartmen di Kedah dalam tahun 2016 lagi,” kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, projek terbabit bertujuan untuk menanam semula pokok-pokok getah klon balak di kawasan pembalakan yang terbabit.

“Pada tahun 2020, syarikat yang sama mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi menjalankan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam kompartmen yang sama.

“Namun, setakat ini tiada kelulusan diberikan oleh Kerajaan Negeri berhubung permohonan syarikat terbabit bagi menjalankan aktiviti perlombongan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan kedua-dua suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL