Disko bawah tanah diserbu, 58 ditahan

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Nasri Mansor berkata, sebahagian besar pengunjung mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari.


Seramai 58 pengunjung termasuk 22 wanita tempatan diberkas dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, malam ini.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

Menurut Berita Harian, serbuan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor itu bermula pada jam 9.30 malam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, sebahagian besar pengunjung di pusat hiburan itu mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari.

Pusat hiburan itu dilaporkan kerap diserbu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu kerana sering beroperasi tanpa kebenaran.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL