Keyakinan pendeposit “kekal utuh”
" Itu naratif yang terlalu cantik berbanding fakta yang baru terdedah." Keyakinan pendeposit “kekal utuh”? Mari kita berhadapan dengan fakta sebenar selepas 2018 dan pengambilalihan aset oleh UJSB. Pada 2018, kerajaan melalui UJSB “membeli” aset TH bernilai pasaran hanya kira-kira RM9.7 bilion dengan harga RM19.9 bilion. Ini bukan penyelamatan tulen, tetapi pemindahan risiko. TH diberi sukuk UJSB (Series 1 & 2) dengan kadar 4.05%–4.10%. Hasilnya? Kerugian pelaburan keseluruhan dianggarkan RM12.6 bilion (RM10 bilion “ditanggung” melalui transaksi UJSB + RM2.6 bilion rosot nilai lagi yang TH kena serap secara berperingkat hingga 2025). Tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah hilang 100%. Hibah? Jatuh mendadak kepada 1.25% pada 2018 (terendah dalam sejarah) selepas tahun-tahun sebelumnya diisytihar tinggi walaupun liabiliti melebihi aset. Walaupun naik sedikit ke 3.25%–3.5% kebelakangan ini, ia masih jauh di bawah tahap pra-2018 (sering 5%–6%+ bonus). Pendeposit menanggung “...