Posts

Showing posts with the label Institusi Raja

[VIDEO] PRN Negeri Sembilan 2026: BN Terus Junjung Adat, Pertahan Institusi Diraja – Ahmad Zahid

Image
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh jentera dan rakyat agar terus meletakkan keluhuran adat, semangat muafakat, dan ketertinggian Institusi Diraja sebagai keutamaan mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026. Berucap di majlis pelancaran jentera Barisan Nasional PRN Negeri Sembilan, beliau menegaskan bahawa kearifan tempatan yang diwariskan oleh orang tua-tua kekal relevan dan menjadi pedoman utama perjuangan BN serta UMNO di negeri beradat itu. "Hidup bersendi adat, adat bersendi syara', syara' bersendi Kitabullah. Inilah pedoman Barisan Nasional dan UMNO Negeri Sembilan, kerana rakyat di negeri ini amat menjunjung adat. Ya, politik boleh berbeza, tetapi adat tidak boleh dipinggirkan, institusi tidak boleh dipertikaikan, dan muafakat mesti sentiasa diutamakan," tegas beliau. Dalam ucapan yang sama, beliau turut menggariskan prinsip teguh landasan politik Barisan Nasional yang sentiasa menghormati u...