Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion
JAKARTA - Jabatan Siasatan Jenayah (Bareskrim) Polis Republik Indonesia (Polri) telah menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) eFishery, Gibran Huzaifah. Pihak polis mengesyaki Gibran, bersama dua lagi suspek, telah melakukan penipuan dan penyelewengan ke atas proses pelaburan syarikat berkenaan. Pengarah Tindak Pidana Ekonomi Khusus Bareskrim Polri, Brigedier Jeneral Helfi Assegaf, memaklumkan bahawa dua suspek lain yang turut ditahan ialah Angga Hardian Raditya dan Andri Yadi. Ketiga-tiga mereka telah ditahan sejak Khamis, 31 Julai 2025. "Ketiga-tiga suspek telah berpakat dan secara bersama-sama melakukan penipuan serta penyelewengan terhadap proses pelaburan di PT eFishery dengan cara menaikkan nilai ( mark up ) pelaburan tersebut," kata Helfi kepada pemberita di Bareskrim Polri, Jakarta Selatan, pada Selasa (5 Ogos 2025). Helfi menyatakan bahawa laporan terhadap Gibran dan rakan-rakannya telah dibuat oleh pihak dalaman eFishery sendiri. Walau bagaimanapun, beliau tida...