Posts

Showing posts from February, 2023

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Image
Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611 Polis menahan empat suspek berhubung pembunuhan empat lelaki yang mayat mereka ditemui di Tasik Juerae dan Sungai Kolok di wilayah selatan Narathiwat dua hari lalu. Penduduk menemui tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok, berhampiran tasik, lewat hari itu. Pegawai polis itu percaya bahawa mereka semua dibunuh kerana konflik berkaitan pengedaran dadah. Empat individu yang maut dikenal pasti sebagai Niheng berusia 27 tahun, Muhammad-aliya 38 tahun, Aussawe 19 tahun dan Mooseng 32 tahun. KhaoSod melaporkan hari ini bahawa pegawai Polis Wilayah Narathiwat menahan empat suspek berkaitan kes pembunuhan itu. Dua suspek ditahan pada malam Rabu, dan dua lagi diberkas tengah hari semalam. Polis juga telah merampas senjata, termasuk pistol 9mm dan 32mm, dip...
Image
[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1 Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023. Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, dimaklumkan dalam surat itu. Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kes...

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Image
[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1 Seorang pengarah syarikat perabot didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa berjumlah RM12.875 juta antara Julai 2021 sehingga November tahun lalu. Tertuduh, Datuk Teo Wee Cheng, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama dan kelima, tertuduh yang juga pengarah syarikat SSH Furniture Sdn. Bhd. didakwa meminta rasuah masing-masing RM3.975 juta dan RM7.4 juta iaitu sepuluh peratus daripada harga sebenar projek menaik taraf jalan dibawah Jana Wibawa. Tertuduh didakwa membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn. Bhd. bagi mendapatkan projek di dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat serta bersetuju melantik Syarikat TS...

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

Image
Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dijangka mendakwa Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berhubung kes Inisiatif Jana Wibawa. Difahamkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu telah ditahan selepas beliau hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi. Seorang lagi individu yang bakal didakwa bersama atas pertuduhan yang sama adalah seorang ahli perniagaan dan juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, Adam Radlan Adam Muhammad. Dalam pada itu, SPRM tanpa menamakan pemimpin politik itu telah mengeluarkan makluman kepada media untuk membuat liputan tentang pendakwaan ke atas dua individu berkait Jana Wibawa pukul 9 ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. VIDEO berkaitan: Sebelum itu, SPRM telah membekukan akaun parti Bersatu sebagai membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada...
Image
Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547 YALA (Thailand) -- Seorang pegawai polis maut manakala empat lagi cedera dalam satu serangan bom di Bannang Sata di Yala, Thailand, hari ini. Kejadian belaku kira-kira 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika sekumpulan polis diketuai Ketua Siasatan Jenayah Balai Polis Bannang Sata yang menaiki sebuah pikap dalam perjalanan ke tempat kejadian serangan yang berlaku pada malam Khamis.  Enam buah kenderaan di dua lokasi di Bannang Sata dilaporkan terbakar dalam serangan itu. Ketua Polis Daerah Bannang Satar Kolonel Polis Ranon Surawit berkata sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. VIDEO berkaitan https://www.instagram.com/p/ChbsXptggV3/ “Akibat letupan yang kuat, pikap itu terbabas. Sekumpulan lelaki dipercayai bersembunyi di kawasan hutan berdekatan turut melepaskan t...

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Image
[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514 Soalan diajukan oleh Putrajaya kepada Kota Melaka mengenai sentimen pengundi, kononnya apabila PH bergabung dengan BN maka ia seperti tidak menghormati semangat anti lompat parti.  First of all, aku cuma nak kata Radzi Jidin ni tak bijak. Nak fokus sentimen pengundi tapi sudahnya semangat anti lompat parti pulak jadi point. Pening betul mantan Menteri Pendidikan yang tak perform ni.  Bila kena bidas dengan jawapan padu dan simple, terkial-kial kata itu bukan maksud dia. Hampas!  Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk.  Pertikaian Nasional sikit punya sombong especially Mahiaddin sendiri cakap dah sign tapi tulis tidak bersetuju bila YDP Agong cadangkan untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan.  Nah! Sampai hari ni Pertikaian Nasional meroyan.. Kes...

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Image
[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501 BAGAN DATUK  -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini hadir di sini memberikan penghormatan terakhir kepada ibu angkatnya Cheah Seoh Lian yang meninggal dunia di kediamannya di sini pada Ahad lepas. Mendiang yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun disedari meninggal dunia di dalam biliknya ketika sedang tidur pada kira-kira pukul 11 pagi. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. Sebaik tiba pada kira-kira pukul 12.40 tengah hari, Ahmad Zahid segera menenangkan rakan karibnya Beh Song Wan, 60, atau 'Bujang' yang merupakan anak kepada mendiang. Ahmad Zahid berkata hubungan antara beliau dan mendiang serta enam anak-anaknya amat rapat malah mereka dianggap sep...

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong - Speaker DUN Selangor

Image
[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong - Speaker DUN Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490 Kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali hari ini diisytiharkan kosong berkuatkuasa 28 Jan, ekoran penyandangnya Harumaini Omar (Pejuang) tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan. Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata pengisytiharan itu, dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. “Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat (YB) Harumaini Omar didapati tidak hadir tanpa kebenaran tuan speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 Nov 2022, 1 hingga 2 Dis 2022 dan 5 hingga 6 Dis 2022,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Tambahnya tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan bahawa, Harumaini telah memohon kebenaran daripada speaker untuk tidak hadir pada Persidangan Dewan untuk tempoh berkenaan. “Berdasarkan reko...

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

Image
[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu. SPRM yang mengesahkan perkara itu kepada New Straits Times berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri, akan dipanggil dalam tempoh terdekat. "Muhyiddin akan dipanggil bagi dirakam kenyataan mengenai dakwaan RM300 juta yang diterima parti terbabit sebagai dana politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek ketika pentadbirannya," katanya. Sumber terbabit turut mengesahkan dua akaun bank milik BERSATU dengan jumlah baki RM40 juta sudah dibekukan suruhanjaya berkenaan. VIDEO berkaitan: https://youtube.com/shorts/qE7iOV57bbw Katanya, beberapa pemimpin BERSATU juga sudah dipanggil untuk direkod kenyataan, termasuk bendahari parti terbabit. "Hasil pemeriksaan menunju...

[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur

Image
[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162469 KUANTAN - Penduduk di Perkampungan Cenderawasih, Bukit setongkol, di sini terkejut apabila melihat kelibat seekor buaya tembaga kira-kira tiga meter sedang berjemur di dalam longkang besar, kira-kira jam 4 petang Selasa 14 Februari 2023. Penduduk, Muhd Idlan Subhi, 39, berkata, pada tahun ini sahaja sudah tiga kali reptilia tersebut dilihat berada di tebing longkang besar, namun kali ini, saiznya agak besar sehingga menggerunkan penduduk setempat. Menurutnya, walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana reptilia itu sering muncul di kawasan tersebut. "Kita takut kerana budak-budak selalu bermain di sini dan buaya pula selalu kelihatan di kawasan berhampiran taman ini. "Bimbang juga kalau tiba-tiba ada budak terjatuh, ia pasti boleh mengundang bahaya. Jadi kita merasakan perlu pemantauan daripada pihak berkaitan di kawasan ini," ...

[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM

Image
[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162457 Demi memastikan golongan belia terutama di luar bandar sentiasa berpeluang meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka, pemerkasaan aspek keusahawanan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) menjadi antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KKDW bekerjasama dengan 12 kementerian lain bagi mencapai misi itu. “Kita tidak bergerak secara silo, terdapat jalinan kerjasama dengan kementerian berkaitan, terutama  dalam kursus TVET yang memfokuskan kursus usahawan. Jika perniagaan itu besar, kita bekerjasama juga dengan institusi kewangan untuk tujuan pembiayaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya mengenai pembaharuan yang dibawa kementerian dalam menjadikan KKDW mesra...

Surah Ad-Duha: Penawar bagi anxiety dan kemurungan

Image
Surah Ad-Duha: Penawar bagi anxiety dan kemurungan Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi. Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun. Pengajarannya untuk kita:  Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun? Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yan...

[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162408 Pertandingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO serta jawatan ke bawah pada pemilihan parti mewujudkan persaingan sihat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata walaupun terdapat dakwaan pertandingan jawatan akan membuka ruang kepada wujudnya kem-kem calon, pemilihan yang dibuat di peringkat akar umbi adalah lebih penting. “...dengan penawaran diri (calon) bagi jawatan Naib Presiden dan ke bawah ini adalah persaingan sihat dan saya rasakan yang penting adalah bukan pemilihan yang dibuat melalui kumpulan ‘sepapan’ (kem). “Tetapi yang lebih penting, pada hemat saya pemilihan dibuat di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan akan memilih individu daripada kalangan calon terbaik pada 18 Mac nanti,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan ...

[VIDEO] SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana disambung

Image
[VIDEO] SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana disambung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162397 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana di sini disambung semula 8 pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi memaklumkan pencarian akan difokuskan di sekitar kawasan mangsa, Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10, dipercayai terjatuh sehingga ke kawasan tebing Sungai Kemensah. Petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki dikenali Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai hanyut dalam longkang di jalan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata ibu bapa kepada kedua-dua mangsa akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak. Beliau berkata kejadian itu diperc...

[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang Gombak

Image
[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang Gombak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162387 Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat namun masih terkandas di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang 12 February 2023 sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kejadian pada 7.30 malam. Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat. “Seorang daripada mangsa ditemukan terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter dan kerja menyelamat sedang dijalankan. “Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas juga turut dilancarkan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

[VIDEO] Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi

Image
[VIDEO] Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162377 BENTONG – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan kawasan Bukit Tinggi di sini mengalami banjir kilat berlumpur. Air berlumpur mengalir deras menuruni bukit ke kawasan perkampungan Bukit Tinggi bermula pukul 6 petang tadi sehingga kini menyebabkan banyak kenderaan yang melalui kawasan itu terkandas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Mohd Shafie Sulong berkata, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang dipindahkan setakat puku 8.30 malam ini akibat kejadian berkenaan. “Bagaimanapun laluan Bukit Tinggi-Janda Baik dan Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan. “Kejadian adalah air melintas di atas jalan daripada bukit dan tidak melibatkan pemindahan mangsa banjir,” katanya.

Polis Thailand ingatkan pasangan kekasih tidak rakam video seks pada hari Valentine

Image
Polis Thailand ingatkan pasangan kekasih tidak rakam video seks pada hari Valentine BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162367 Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi telah memberi amaran kepada pasangan kekasih supaya tidak merakam video seks mereka pada Hari Valentine bagi mengelak daripada diperas ugut selepas hubungan mereka berakhir. Pol Kol Siriwat Deepor, timbalan komander bahagian itu, berkata pada hari Ahad bahawa pasangan kekasih sering menyatakan keghairahan mereka antara satu sama lain pada Hari Valentine, tetapi mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga - dengan tidak merakamnya dalam video. "Pasangan kekasih mungkin secara sukarela merakam hubungan seksual mereka. [Tetapi] jika mereka berpisah pada masa hadapan, lelaki mungkin memuat naik klip dalam talian dan mencemar maruah pasangan wanita," katanya. Kes sebegini termasuk dalam kategori "sextortion" oleh mereka yang mempunyai bahan lucah orang lain dalam simpanan mereka. Pesalah sedemikian boleh ja...

[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1 PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam. "Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini. Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka. Menurutnya bagaimana...

Muhyiddin, menatu dan projek sakit Jabatan Imigresen

Image
Muhyiddin, menatu dan projek sakit Jabatan Imigresen BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162344 Beberapa info latar belakang menarik mengenai projek imigresen yang Midin dan menantunya sedang disiasat SPRM. Pada Ogos 2017, kerajaan Barisan Nasional (BN) menganugerahkan projek bernilai RM3.5 bilion kepada Prestariang berdasarkan PPI terhadap Prestariang untuk menggantikan sistem sedia ada yang digunakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak lebih 20 tahun lau. Projek itu dinamakan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN). Tetapi selepas Midin menjadi menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), beliau membatalkan projek ini dan mahu ia digantikan dengan projek lain yang dinamakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System - NIISe) bernilai RM1.16 bilion - yang beliau dakwa boleh membantu menyelamatkan duit kerajaan sebanyak RM1 bilion berbanding dengan SKIN Sekarang anda mungkin berfikir bahawa RM1.16b jauh lebih murah daripada projek SKIN RM3.5 bilio...

[VIDEO] Laungan 'Allahuakbar' iringi kejayaan MAS-01 SMART selamatkan mangsa gempa

Image
[VIDEO] Laungan 'Allahuakbar' iringi kejayaan MAS-01 SMART selamatkan mangsa gempa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162329 GAZIANTEP (TURKIYE): Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menzahirkan perasaan bersyukur serta lega kerana berjaya menyelamatkan lima sekeluarga, semalam, selepas mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan kediaman mereka sejak enam hari lalu akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye. Pegawai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MAS-01 SMART, Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris, berkata takbir 'Allahuakbar' dilaungkan pada saat mangsa pertama membabitkan seorang remaja lelaki, dibawa keluar pada jam 1.20 tengah hari (6.20 petang waktu Malaysia), dengan perasaan sebak menyelubungi diri beliau dan anggota pasukannya. Namun, Muhamad Zul Khairi bersama anggota kumpulannya menahan diri daripada terbawa-bawa perasaan itu, kerana tahu mereka memikul tanggungjawab dan harapan besar daripada rakyat tempatan untuk menyelamatkan mangsa yang ter...

[VIDEO] Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir

Image
Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162319/?amp=1 Dia tubuh UMNO baharu, dia keluar. Dia tubuh BERSATU, dia dipecat. Dia tubuh PEJUANG, dia keluar. Dia juga yang kata: "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." Dr Mahathir umum keluar UMNO https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/02/129297/dr-mahathir-umum-keluar-umno Tun M tubuh parti baharu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/607969/tun-m-tubuh-parti-baharu Tun M dipecat dari Bersatu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/583424/tun-m-dipecat-dari-bersatu Mahathir keluar Pejuang https://www.malaysiakini.com/news/654686 "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." - Mahathir BACA seterusnya di: https://t.co/l3ULoI8DWZ pic.twitter.com/WeaJJ37Qb4 — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) February 11, 2023 ...

Tunggu laporan, ulas Anwar berkait penafian Muhyiddin beri kontrak pada menantu

Image
  Tunggu laporan, ulas Anwar berkait penafian Muhyiddin beri kontrak pada menantu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162307 Dakwaan bahawa bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin memberi  kontrak lumayan kepada menantunya tidak akan mendapat perhatian “kalau tidak benar”, kata Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan menyiasat perkara itu sedalamnya dan menghantar laporan siasatan. “Saya tidak fikir perkara ini dihebahkan begitu rupa kalau tidak benar. Ada kebenarannya, namun sejauh mana kita tidak tahu. Tunggu laporan. “Tujuan kita untuk ‘stop this’ (hentikan ini). Mana-mana menteri tidak boleh kayakan anak atau menantu dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rasminya. Kelmarin, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, menafikan terlibat dalam pemberian kontrak bernilai berbilion ringgit yang didakwa diberikan kepada menantu lelakinya, ketika berkuasa di Putrajaya. Muhyiddin berkata, sewaktu m...

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands - Bomba

Image
[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands - Bomba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266 Enam maut manakala lapan lagi cedera apabila sebuah van terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang petang ini 8 Februari 2023. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Bentong dan Hospital Selayang,” katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata kesemua mangsa dipercayai warga tempatan dan adalah sekumpulan pelancong dari Kulim, Kedah.

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

Image
[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255 Ada perkara tidak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenainya pada sidang Parlimen akan datang. Anwar mengumumkan Menteri Zaliha Mustafa akan membuat pembentangan mengenai perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang “sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. Katanya, kerajaan mengambil keputusan untuk membuat pembentangan kertas putih, susulan dapatan KKM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkenaan perkara yang tidak menurut peraturan dan mengenai transaksi. “Kelulusan yang diberikan tidak mengikut proses yang sewajarnya dan jumlah perolehan diragui, dari segi angka dan kos,” kata Anwar pada sidang media, tanpa huraian l...

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Image
[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244 ANKARA/IDLIB  -- Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin telah meragut lebih 500 nyawa di negara itu dan Syria. Menurut Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay, sekurang-kurangnya 284 orang terbunuh manakala 2,323 yang lain cedera serta 1,710 bangunan musnah di negara itu setakat ini, lapor Agensi Anadolu. Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan disusuli 78 gegaran susulan. Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. "Presiden (Recep Tayyip Erdogan) telah mengikuti dan menguruskan bencana itu sejak kejadian gempa bumi berlaku," kata Oktay. Beliau menambah bahawa Lapangan Terbang Hatay termasuk Kahramanmaras dan Gaziantep kini ditutup untuk penerbangan awam. Turkiye tel...

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Image
[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia sedang menyiasat dakwaan pengundi di Terengganu menerima wang tunai untuk mengundi parti politik tertentu ketika PRU15 pada 19 Nov lalu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata agensi itu sedang mengesan kira-kira 90 pengundi yang didakwa menerima wang itu. “Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada (PRU15),” katanya dalam kenyataan ringkas. Walaupun beliau tidak menamakan parti itu, siasatan berkenaan dipercayai berkaitan PAS selepas Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen di negeri itu atas alasan pembelian undi. Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mempertahankan agihan wang beberapa hari sebelum PRU15 atas alasan ia dilakukan orang awam, bukannya calon send...