[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur


[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162469

KUANTAN - Penduduk di Perkampungan Cenderawasih, Bukit setongkol, di sini terkejut apabila melihat kelibat seekor buaya tembaga kira-kira tiga meter sedang berjemur di dalam longkang besar, kira-kira jam 4 petang Selasa 14 Februari 2023.

Penduduk, Muhd Idlan Subhi, 39, berkata, pada tahun ini sahaja sudah tiga kali reptilia tersebut dilihat berada di tebing longkang besar, namun kali ini, saiznya agak besar sehingga menggerunkan penduduk setempat.

Menurutnya, walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana reptilia itu sering muncul di kawasan tersebut.

"Kita takut kerana budak-budak selalu bermain di sini dan buaya pula selalu kelihatan di kawasan berhampiran taman ini.

"Bimbang juga kalau tiba-tiba ada budak terjatuh, ia pasti boleh mengundang bahaya. Jadi kita merasakan perlu pemantauan daripada pihak berkaitan di kawasan ini," ketika ditemui pada Selasa.



Peniaga, Mohd Azhar Mat Kassim, 46, pula berkata, dia mengetahui kehadiran buaya itu selepas dimaklumkan isterinya kira-kira jam 4 petang sebelum bergegas ke lokasi bagi melihat sendiri reptilia itu.

"Saya anggarkan buaya ini tiga meter panjang dan beratnya sekitar 200 hingga 250 kilogram. Ini kali pertama saya tengok buaya tembaga sebesar itu.

"Kalau sebelum ini, saiz buaya yang datang berjemur di tebing longkang itu kecil sahaja, tapi kali ini agak luar biasa

"Jadi, kami meminta pihak berkaitan meninjau keadaan di sini. Kita bimbang buaya bersaiz begini boleh beri ancaman kepada penduduk," katanya.

Sementara itu, Nurhafieza Mohamad, 30, berkata, pertama kali dalam hidupnya melihat buaya muncul di kawasan terbabit.

"Perasaan takut itu ada, tetapi perasaan hendak tengok buaya membuatkan saya datang ke sini, malah sempat saya merakam video dan gambar," ujarnya.

"Buaya sering kelihatan di tebing longkang besar ini kerana aliran air bersambung dengan Sungai Belat, tetapi pihak berkuasa juga perlu buat pemantauan," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma