[VIDEO] Ini bukan pengakhiran kes SRC- Shafee


[VIDEO] Ini bukan pengakhiran kes SRC- Shafee

BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/163106

Soalan wartawan: Apa tindakan seterusnya Tan Sri? 

Tan Sri Shafee: Penghakiman menentang (minoriti) oleh Dato Rahman Sebli ini telah memberi banyak semangat kepada kami. Kami baru saja dapat berita dari PBB bahawa permohonan kami ke PBB sudah mula diproses dan sudah ada usaha mereka untuk meminta Peguam Negara kita menjawabnya. 

Jadi kami akan hantar dokumen-dokumen lanjut termasuk penghakiman minoriti ini kepada mereka (PBB), supaya mereka boleh periksa. Kerana sekarang sudah ada dapatan penghakiman. Kami juga akan hantar penghakiman majoriti sekali…supaya PBB boleh menilai, penghakiman mana yang jauh lebih wajar. Mereka akan menilai dan akan berhubung dengan kami kembali. Itu yang pertama. 

Keduanya adalah berkenaan kuasa pengampunan YDP Agong. Adalah amat kritikal untuk YDP Agong diberi peluang untuk membaca penghakiman minoriti ini yang mengutuk cara bagaimana kes ini dijalankan. Saya menggunakan kata-kata yang keras kerana penghakiman minoriti ini secara jelasnya  memang mengutuk bagaimana sikap Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang tidak membenarkan penangguhan dan tidak membenarkan peguam Najib menarik diri. Hanya 2 isu ini saja sudah memadai (bagi Hakim Rahman Sebli)…beliau tidak perlu lagi untuk pergi ke 3 isu lain…beliau sudah boleh merumuskan dengan jelas dan kukuh bahawa ini adalah merupakan precedent yang sangat tidak sihat kerana perbicaraan tidak adil telah dijalankan ke atas anak guam saya. 

Jadi 2 tindakan ini adalah pasti. Tetapi ada kemungkinan satu lagi tindakan di dalam mahkamah. Yang ini saya tak mahu dedahkan lagi, kerana kami mahu organisasikan semula  strategi kami, memandangkan penghakiman bertulis yang sudah keluar yang akan kami ambil sebentar lagi. Kami akan maklumkan kepada kamu apabila tiba masanya nanti apa yang kami akan lakukan. 


Jadi ini bukan pengakhiran bagi kes ini. 

Soalan wartawan: Tan Sri…duit denda RM 210 juta dah bayar ke belum? 

Jawapan Tan Sri Shafee: Tidak. Bagaimana kamu nak bayar 200 juta? Apabila kesemua wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu telah digunakan untuk tujuan kebajikan dan tujuan politik. Bukan masuk poket Najib. Semuanya telah dibelanjakan. Jadi adalah jelas wang tersebut tidak boleh diperolehi semula. Kerana ia telah digunakan untuk tujuan kebajikan, CSR dan pendanaan politik. 

Soalan wartawan: Tan Sri sebut tadi ada satu lagi tindakan di mahkamah. Apakah ia satu lagi semakan semula? 

Jawapan Tan Sri Shafee: Itu kami tak boleh dedahkan lagi. Sama ada ia satu lagi semakan semula atau satu lagi proseding mahkamah. 

Soalan wartawan: Tan Sri…bolehkah Tan Sri komen tentang dapatan penghakiman Hakim Sabah dan Sarawak yang mengatakan DSN telah menjadi mangsa dan terpaksa menanggung akibat kerana  kesilapan peguamnya? 

Jawapan Tan Sri Shafee: Terima kasih kerana memperingatkan saya. Saya terlupa. Malah, perkataan yang beliau (hakim) gunakan adalah sangat tegas. YAA Hakim kata, DSN terpaksa membayar harga yang cukup mahal atas kesilapan peguamnya yang sebenarnya tidak sepatutnya berlaku. 

Kerana sekiranya anda jalankan keadilan dan proses dengan betul, kesilapan seorang peguam adalah kesilapan peguam. Sekiranya anda mahu hukum peguam ada prosedur hina mahkamah dan ada proseding disiplin yang boleh dikenakan. Mahkamah tidak mengenakan tindakan menghina mahkamah kepada peguam Najib. Jadi mengapa pula DSN perlu menanggung akibatnya? Terutamanya apabila anda sudahpun tentukan, dan pendakwaraya juga tentukan bahawa permohonan penangguhan itu adalah berniat baik. Ia bukan konspirasi untuk melengahkan kes. 

Kesalahan peguam tidak boleh diletakkan ke atas bahu anak guamnya. 

Soalan wartawan: Tan Sri…tadi sewaktu sidang media Pendakwaraya, mereka mengatakan mereka berharap tiada lagi litigasi berhubung kes SRC ini. Apa respond Tan Sri: 

Jawapan Tan Sri Shafee: Tidak. Saya fikir kes SRC sangat tidak berkemungkinan akan berakhir dengan sebegini cepat. Mustahil. 

Katalah sebagai contoh kita anggap DSN berjaya dapat pengampunan, saya rasa DSN masih akan mahu melawan di mahkamah. Kerana beliau sangat tegas dan berpendirian teguh bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. 

Beliau telah dikelirukan oleh pegawai-pegawai SRC, beliau tidak mengarahkan pemindahan wang dan beliau tidak mempunyai kawalan ke atas wang tersebut. Kerana beliau adalah PM pada waktu itu! Kenapa pula beliau patut ada kena mengena dengan akaun SRC? 

Jadi, kami fikir kes ini telah diputuskan atas asas-asas yang amat sukar untuk difahami. Dan itulah alasannya kenapa kami fikir kes ini akan kami lawan habis-habisan di semua platform. 

Dan kami sangat-sangat terkejut dengan mahkamah ini tadi (semakan semula) yang tidak membenarkan pun untuk pihak DSN menyampaikan hujah kami. Apa salahnya memberi peluang kami menyampaikan hujahan sekali lagi? Kerana DSN tidak bersedia sebelum ini. Apa masalahnya jika kamu benarkan DSN menyampaikan hujahannya? Adakah ada ketakutan bahawa DSN mungkin dibebaskan? 

Wartawan: Tan Sri, saya ingin mendapatkan kepastian. Kerana kami sangka ini adalah pengakhiran medan perundangan (jalan mati) bagi kes ini. Bukankah begitu? 

Jawapan Tan Sri Shafee: TIDAK! Hasil dari keputusan penghakiman minoriti tadi, yang saya rasa adalah jauh lebih kukuh berbanding penghakiman majoriti, sudah ada pintu yang terbuka. Kerana terdapat kes-kes sebelum ini yang semakan semulanya bukan hanya sekali. Sekiranya ada asas untuk memulakan semula semakan semula kes yang baru, kes itu boleh disemak semula. Dan lagi satu kita juga ada saluran PBB dan juga pengampunan yang masih berjalan. 

Soalan wartawan: Ada tempoh masa ke nak buat permohonan semakan semula?   

Jawapan Tan Sri Shafee: Tidak ada tempoh masa. Tetapi bagi semakan semula kali ini (yang baru selesai tadi), kami telah membuat permohonan 2 minggu setelah selesai kes rayuan (depan Memon). Jadi kami akan lakukan tindakan kami dengan secepat mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma