Ambillah Petunjuk Bila Agong Tak Layan, Sultan Tak Suka
Politik negara bertambah kecamuk apabila orang yang veteran dan sepatutnya duduk diam sambil melayan cucu masih lagi sibuk dengan politik kacau mengacau. Setakat peka kepada politik dan mahu kebaikan untuk negara itu boleh diterima kerana semua orang ada hak menegur dan mengkritik. Namun apabila orang seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak memainkan peranan, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi dan campur tangan melampau dalam politik negara, inilah yang dikatakan sebagai pengacau, jika belum lagi bertaraf pengkhianat dan petualang. Sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong menolak hasrat Tun Mahathir kerana tidak masuk campur politik kepartian, tambah lagi dengan tandatangan yang dibawa oleh Tun Mahathir itu mencurigakan, ia jelas menunjukkan politik Mahathir sudah kelam dan celaru. Tun Mahathir sepatutnya faham bahawa dalam sistem negara kita, tidak ada cara begitu yang cuba dibawanya. Jika ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong itu satu penghinaan, ia menjadi bertambah parah apa...