Posts

MH8205 MADINAH-KL TERPAKSA MENDARAT DI BOMBAY

Image
Pesawat MH8205 yang dalam penerbangan dari Madinah ke ibu negara, semalam terpaksa mendarat di Bombay, India selepas mengalami masalah teknikal. Pesawat sewa khas untuk jemaah umrah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Bin Abdul Aziz pada jam 8.49 malam waktu tempatan semalam dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi ini. Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerusi kenyataan menjelaskan sistem pemindahan minyak dalam pesawat mengalami masalah, menyebabkan juruterbang mengambil keputusan mendarat di Bombay. "Juruterbang bertindak sedemikian walaupun masalah teknikal berkenaan tidak mempunyai sebarang isu keselamatan. "Ini kerana keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami dalam mengharungi sebarang masalah ketika dalam penerbangan. "Sehubungan itu, pesawat berkenaan ketika ini selamat mendarat di Bombay dan sedang diperiksa jurutera tempatan," katanya, hari ini. MAB turut memberi jam...

SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH – 3 MENGAKU TIDAK BERSALAH

Image
KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 12 pertuduhan penyelewengan dana infrastruktur agensi berkenaan. Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad. Beliau didakwa memiliki RM56.9 juta wang tunai dan simpanan, enam kereta mewah serta 86 jam tangan mewah pada 4 Oktober lalu di beberapa lokasi di sini termasuk pejabat JANS. Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Isterinya, Fauziah Piut, 51, dan bekas Timbalan Pengarah JANS yang bersara pada 2015, Lim Lam Beng, 62, turut dihadapkan ke mahkamah sama. Fauziah didakwa atas 19 pertuduhan membabitkan wang RM2.2 juta tidak termasuk beg tangan mewah dan barang perhiasan emas serta bukan emas, manakala Lam...

MAHATHIR HANYA PEDULI PERASAAN DIA SAHAJA, PERASAAN RAKYAT DIA TIDAK PEDULI

Image
MENJADI seorang pemimpin mahupun ahli politik haruslah memiliki perasaan keprihatinan terhadap setiap jiwa yang dipimpinnya. Malah, ini turut diajar dalam mana-mana agama sekalipun, waima Islam sendiri. Menurut pendapat Al-Mawardi jelas menyebut: "Sistem khilafah itu bertanggungjawab memelihara agama dan mengurus urusan kebajikan rakyat. Orang yang terbabit dalam pengurusan di peringkat tinggi dipanggil pemimpin. Pemimpin negara Islam pada peringkat awalnya digelar sebagai al-khalifah, amir al-mu'minin dan al-imam." Soalnya sekarang, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja hilang kewarasan, malah semakin hilang pertimbangan sifat dan perasaan empatinya terhadap orang lain. Bayangkan, untuk seorang musuh yang ditentangnya sejak tahun 1967 lagi, iaitu dua tahun selepas dia bergelar Ahli Majilis Tertinggi Umno, dia sanggup berkata bahawa segala sengketa dan permusuhan lama dilupakan begitu sahaja? Semuanya demi agenda politik peribadi. Musuh yang dimaksudkan ters...

AKTIVIS ISRAEL GESA HENTI BEKALAN KETENTERAAN KE MYANMAR

Image
Beberapa aktivis dan peguam hak kemanusiaan di Israel menggesa kerajaannya menggantung penghantaran bekalan kepada tentera Myanmar disebabkan pelanggaran hak asasi ke atas etnik minoriti di negara itu, lapor portal berita The Irrawaddy. "Amat memeranjatkan, negara Israel yang bertungkus lumus memastikan sekatan diteruskan terhadap Iran, tidak memperdulikan sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah ke atas Burma yang melakukan jenayah paling buruk," menurut surat bertarikh Dis 11 kepada unit eksport Kementerian Pertahanan Israel. Krisis di Myanmar melibatkan puluhan ribu penduduk Islam Rohingya kembali menjadi perhatian dunia selepas keganasan terbaru menyebabkan lebih ramai pelarian di sempadan. Myanmar tidak mengiktiraf kewarganegaraan penduduk Rohingya yang tertumpu di wilayah Arakan (Rakhine). Israel dan Myanmar memmpunyai hubungan akrab ketenteraan selama beberapa dekad. September lalu, panglima tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing bersama pegawai kanan tentera uda...

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2017

Image
Tarikh Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia . Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas,  tarikh Pembayaran BR1M 2017  telah dibuatsecara ansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujanghanya sekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang. Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. TarikhPermohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016. 1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200 Daftar Borang eKasih Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016) Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016) Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 J...

PETISYEN DESAK AS DEDAH IDENTITI MO1 GAGAL

Image
Selepas kekalahan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak, 2 pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, penurunan 73,17% kecenderungan media sosial untuk DAP, penurunan 80% dalam kehadiran BERSIH, kehadiran terendah sejak beberapa tahun untuk persidangan tahunan DAP Kebangsaan dan Pulau Pinang, PakaTun telah gagal sekali lagi. Petisyen awam mereka hanya mencapai 26% daripada sasaran dan dengan itu telah ditolak oleh White House. ——— Petisyen awam bagi menggesa Rumah Putih mendedahkan identiti rasmi Malaysian Official 1 (MO1) dari Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB telah gagal mendapatkan tandatangan yang disasarkan sehingga tarikh akhirnya. Petisyen yang bermula pada 24 November, ditutup hari ini dengan hanya 25,986 tandatangan berjaya diperolehi berbanding sasaran 100,000 tandatangan. Rumah Putih hanya diwajibkan untuk bertindak balas terhadap apa jua petisyen yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 tandatanga...

RESOLUSI PBB KEMENANGAN BUAT PALESTIN – NAJIB

Image
Keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dilihat satu kemenangan buat rakyat Palestin yang telah lama ditindas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu "Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela. "Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka," kata perdana menteri dalam catatan di blog rasmi beliau pada Sabtu yang bertajuk 'Resolusi Menentang Penempatan Haram'. Najib berkata, keputus...