DAP umum 29 calon di Sarawak, tinggal PKR, AMANAH

Selepas Barisan Nasional (BN) selessai menamakan 82 calon yang akan bertanding pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak, DAP negeri pula mengumumkan senarai 29 calon untuk bertanding pada PRN ke 11 itu.

PAS sebelum ini juga telah menamakan 11 calon manakala AMANAH menyatakan sudah bersedia dengan 13 calon.

PRN SARAWAK


Bagaimanapun, PKR masih belum membuat pengumuman dipercayai wujud pertikaian antara PKR negeri dan Pusat mengenai senarai calon.

Penamaan calon dijadualkan 25 April ini manakala pengundian pada 7 Mei.

DAP dijangka meletakkan satu lagi calon berikutan peletakan jawatan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Larry Sng.

Senarai calon telah diumumkan oleh Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Kuching.

Beliau pada mulanya meletakkan calon Larry Asap bagi kerusi Baleh, tetapi dia kini akan bertanding di Bukit Goram.

"Malam tadi Larry Sng yang sepatutnya bertanding di Bukit Goram, meletak jawatan. Oleh itu, kita bercakap dengan mereka dan bersetuju bahawa kami akan bertanding kerusi itu.

"Bagi kerusi Baleh, kita akan membuat keputusan mengenai calon pada Sabtu," katanya.

Chieng Jen berkata, senarai calon itu termasuk 17 muka baru dan enam calon wanita. Beliau berkata ini adalah kali pertama parti itu telah meletakkan lebih ramai calon Dayak.

Mengenai keyakinan DAP untuk menang, beliau berkata, "Kami hanya bertanding apabila kami yakin untuk menang."

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa parti itu akan berdepan masalah di kerusi-kerusi bandar mengambil kira populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Berikut adalah senarai penuh calon:1. Mordi Bimol (Tasik Biru)
2. Wong King Wei (Padungan)
3. Violet Yong (Pending)
4. Christina Chiew (Batu Kawah)
5. Abdul Aziz Isa (Stakan)
6. Sanjan Daik (Mambong)
7. Andrew Edward Luak (Bukit Semuja)
8. Andrew Nyabe (Kedup)
9. Leon Jimat (Simanggang)
10. Chong Chieng Jen (Kota Sentosa)
11. Yong Siew Wei (Repok)
12. Ting Tze Fui (Meradong)
13. Rinda Juliza Alexander (Pakan)
14. Richard Lias (Ngemah)
15. Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assak)
16. Yap Hoi Liong (Dudong)
17. Chiew Sung Ngie (Bawang Assan)
18. David Wong (Pelawan)
19. Frankie Bendindang (Pelagus)
20. Paren Nyawi (Katibas)
21. Larry Asap (Bukit Goram)
22. Kenneth Adan Silek (Murum)
23. Chiew Chiu Sing (Tanjong Batu)
24. Leighton Manjah (Kemena)
25. Baba Emperan (Samalaju)
26. Alan Lie Sie Kiong (Piasau)
27. Dr Ting Tiong Choon (Pujut)
28. Baru Langub (Senadin)
29. Paul Raja (Mulu)

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL