Posts

Showing posts from October, 2022

AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman

Image
AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161011/ Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang cedera ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali malam kelmarin, masih ditidurkan setelah pembedahan membuang peluru berjaya dilakukan. Keadaannya juga dilaporkan semakin stabil dan tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata Kamarul Fadzreen yang juga sukarelawan polis, semakin stabil berbanding semalam. “Kami bersyukur keadaannya semakin baik. Doktor memaklumkan keadaan abang ipar semakin stabil berbanding semalam dan kini sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan. “Namun, dia masih perlu ditidurkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya menurut laporan BH, hari ini. Sementara itu, ibu mangsa, Fadzliza Ilias, 53, berkata, anaknya memaklumkan mahu keluar berte...

[VIDEO] Feri Langkawi terkandas: Penumpang sesak nafas, kekejangan terkandas lebih 4 jam

Image
[VIDEO] Feri Langkawi terkandas: Penumpang sesak nafas, kekejangan terkandas lebih 4 jam BACA seterusnya di https://pakdin.my/161005 Beberapa penumpang dilaporkan mengalami sesak nafas dan kekejangan selepas feri dinaiki mereka terkandas di perairan Kuala Kedah di sini sejak pukul 3 petang tadi. Kesemua penumpang terlibat kemudian dipindahkan menerusi operasi pemindahan perubatan (Medevac) menggunakan aset Maritim Malaysia (APMM) dan bot nelayan. Turut dipindahkan ialah penumpang dalam kalangan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan serta ibu bersama bayi. Seorang penumpang, Muhammad Faizal Abdullah, 36, berkata, feri tersebut berlayar dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. “Bagaimanapun, feri tiba-tiba tersangkut pada beting lumpur tidak jauh dari Terminal Feri Kuala Kedah kira-kira pukul 3 petang. https://youtu.be/cXXrPPBN34M “Kami sudah lebih empat jam terkandas dan ketika ini terdapat sebuah bot yang menarik keluar feri dari lumpur,” ka...

[VIDEO] Palestin ucap terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia selamatkan warganya yang diculik

Image
[VIDEO] Palestin ucap terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia selamatkan warganya yang diculik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160985/ Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Palestin merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia yang telah menyelamatkan seorang warga Palestin yang diculik di Malaysia baru-baru ini. Kementerian itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa turut mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia dan pihak keselamatan yang terlibat dalam usaha menyelamat itu. Media tempatan melaporkan pihak polis berjaya menyelamatkan seorang mangsa berusia 31 tahun sehari selepas diculik sekumpulan rakyat tempatan yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim itu memburu anggota Hamas di Malaysia. Selain itu, mereka (polis Malaysia) dapat mendedahkan operasi anggota Mossad dan memburu serta menjejaki rangkaiannya. “Kami mengecam jenayah terang-terangan yang dilakukan Israel terhadap seorang daripada rakya...
Image
[VIDEO] PRU 19 Nov, penamaan calon 5 Nov BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161000 Pilihan raya umum ke-15 (PRU) ditetapkan pada 19 Nov, dengan tarikh pengundian awal pada 15 Nov. Pada sidang media, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan 5 Nov sebagai tarikh penamaan calon. Parlimen dibubarkan pada 10 Okt lepas bagi membuka laluan untuk PRU15 diadakan. PRU15 akan melibatkan pengundian bagi kerusi Parlimen di seluruh negara, dan bagi kerusi DUN di negeri-negeri yang membubarkan DUN, iaitu Perak, Pahang dan Perlis. Turut diadakan serentak ialah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, yang kerusinya kosong setelah wakilnya, Manis Muka Mohd Darah daripada Warisan, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada 17 Nov 2020. https://youtu.be/wOk4tBzMdG8 Tempoh berkempen bagi PRU15 ditetapkan selama 14 hari, bermula pada hari penamaan calon. Menurut Abdul Ghani, seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi pada PRU kali ini, berdasarkan daf...

[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari

Image
[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari   BACA seterusnya di https://pakdin.my/ 160995/ JOHOR BAHRU -- Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini. Tempoh reman sehingga 25 Okt terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Semalam, polis menahan remaja itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa yang berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah. https://youtu.be/F_afVmJL9XE

#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor

Image
#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160981/ MIC akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) biarpun terdapat desas-desus mengatakan kerusi itu perlu diserahkan kepada calon UMNO. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata sekiranya terdapat permintaan berhubung pengagihan kerusi sesama parti di bawah Barisan Nasional (BN), perkara itu akan dibincangkan di peringkat akar umbi terlebih dahulu bagi mengambil pendekatan bersesuaian untuk memenangi kerusi berkenaan. “Situasi sama pernah wujud sebelum ini dari segi permintaan untuk ‘bertukar’ kerusi, (namun) pucuk kepimpinan BN terdiri daripada empat parti penting akan bincang di peringkat BN,” katanya kepada Bernama hari ini. Terdapat ura-ura bahawa UMNO Bahagian Hulu Selangor mahu mempertaruhkan calon UMNO bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada PRU15, bagi membuktikan kemampuan parti itu untuk merampas kerusi berkenaan darip...

[VIDEO] Najib Razak mendesak kerajaan menaikkan had maksimum i-Citra kepada RM10,000

Image
[VIDEO] Najib Razak mendesak kerajaan menaikkan had maksimum i-Citra kepada RM10,000 BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160976/ Datuk Seri Najib Razak pada 1 November 2021 mendesak Kerajaan dirayu supaya menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir. Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) berkata, perkara itu amat dituntut oleh rakyat Malaysia pada ketika ini. "Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka. "Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin. Kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan...

PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH?

Image
PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH? BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160971/ Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat bekas Peguam Negara,Tommy Thomas. Desakan itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menjelaskan, RCI itu penting bagi menyelesaikan isu yang mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah. Malah jelasnya lagi, hanya dengan RCI itu juga membolehkan mereka yang terlibat membersihkan nama dengan panggilan pencuri, penyangak dan kluster mahkamah oleh Pakatan Harapan (PH). “Saya usulkan kepada kerajaan di bawah Ahli Parlimen Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang begitu prihatin dan cakna, marilah kita bersikap budiman (let us be gentleman), kita wujudkan RCI Tommy Thomas atas pendakwaan yang dilakukan dan buku yang dikeluarkan beliau. “Kita wujudkan RCI itu segera untuk merungkai, biar rakyat tahu mengenai pendakwaan itu, siapakah dalang atau adakah tangan ghaib yang memberi arahan tertentu untuk menangka...

Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan

Image
Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160966 Pelabur tempatan dan pelabur asing kurang melabur sebab bimbang kerajaan serta dasar-dasar kerajaan asyik bertukar-tukar. Ini menyebabkan ekonomi negara lembab dan negara semakin ditinggalkan negara-negara lain sejak 4 1/2 tahun lalu. Ianya masalah yang turut dihadapi negeri Johor dan juga mesej yang disampaikan Najib bagi kempen PRN Johor. Negeri Johor dipimpin oleh empat Menteri Besar berasingan dari tahun 2018 hingga 2020. Kerajaan negeri yang mempunyai majoriti yang amat tipis telah menyebabkan pelaburan ke dalam Johor jatuh mendadak. Sebelum PRU14, Johor biasanya menduduki tempat pertama bagi jumlah pelaburan diterima antara semua negeri. Pada tahun 2018, Johor masih pada tempat pertama tetapi jatuh ke tempat ke-empat pada tahun 2019 dan tempat ke-lima bagi tahun 2020 dan 2021. Sebab itu, Najib minta pengundi Johor untuk mengembal...

Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam

Image
Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam BACA seterusnya di https://pakdin.my/160962 Bukankah mereka sendiri yang telah khianati mandat diberikan rakyat PRU14 lalu? KRONOLOGI RINGKASNYA BEGINI... Perebutan kerusi PM di antara Anwar-Mahathir punca koalisi itu tersungkur apabila Mahathir meletak jawatan secara mengejut bagi menghalang cita-cita Anwar ambil alih kerusi PM ke-8! Tidakkah ia kebodohan mereka sendiri mengangkat Mahathir mempengerusikan koalisi PH sekaligus menjadi PM sekali lagi? Kami yakin kegagalan mereka memenuhi janji manifesto sudah pasti rakyat sudah sedia maklum dengan senarai butiran panjang! Antaranya pengundi muda yang hampa apabila janji mansuh PTPTN tidak dilaksana dan lebih celaka, Menteri Pendidikan (Simpang Renggam) ketika itu menjawab sinis apabila diminta komen mengenainya, "Dah pinjam (berhutang) tu bayar la..." Jangan kita lupa, Mahathir juga pernah merayu meminta rakyat ikat perut dan paling lahanat apabila ...

[Video] Kapal Peronda Luar Pesisir Milik Maritim Malaysia berjaya dilancarkan ke air

Image
[Video] Kapal Peronda Luar Pesisir Milik Maritim Malaysia berjaya dilancarkan ke air BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160956/ Kapal Peronda Luar Pesisir yang pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya dilancarkan ke air awal pagi tadi. Kerja-kerja melancarkan  kapal  OPV 1 itu ke air diadakan di Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) di Pelabuhan Klang pada jam 5.57 pagi menggunakan sistem pelancaran ‘Air Balloon’, disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Malaysia, Puan Anis Rizana Binti Mohd Zainudin, Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Ahmad Firdaus Bin Baharudin serta ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan Urusharta Jamaah Sdn Bhd dan TH Heavy Engineering Berhad. Turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk...

[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022

Image
[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160951 https://youtu.be/-CM6wWLle-U Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke- 14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022. Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing- masing. Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos. Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta ...

Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini

Image
Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160947/ Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno akan diadakan pada malam ini (Isnin 10 Oktober 2022), kata sumber kanan parti. “Agenda mesyuarat masih belum diketahui. Kemungkinan perbincangan mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15,” kata sumber. Sebelum ini terdapat desas desus Parlimen akan dibubarkan seminggu lagi bagi membolehkan PRU15 diadakan. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menerima tekanan daripada partinya sendiri untuk segera membubarkan Parlimen, namun pembangkan membantah PRU15 diadakan tahun ini atas alasan musim banjir, masalah ekonomi serta pandemik Covid-19. Satu lagi topik yang mungkin dibincangkan esok dipercayai pendirian Umno terhadap kerjasama dengan PAS untuk PRU15. Pada Selasa lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, PAS perlu memilih Umno atau Perikatan...

Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad

Image
Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160943/ Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan esok. “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook. “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook. Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin kuat selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok. Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen. Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu tetapi memberitahu, ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok. Terdahulu, New Straits Tim...

Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber

Image
Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160931/ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari tadi. Memetik laporan New Straits Times (NST), kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak dihidu media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana. Ini kerana rata-rata media membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sejak pagi tadi. Diifahamkan, Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda berhubung pembubaran Parlimen. "Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok," kata sumber. Difahamkan, Perdana Menteri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong untuk lawatan khas ke United Kingdom yang bermula esok hingga 16 Oktober. Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria...

[VIDEO] Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat

Image
[VIDEO] Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160926/ BALING: Empat mukim di Baling landa banjir kilat awal pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi (8 Oktober 2022)  menyebabkan membabitkan 81 keluarga terjejas. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata mukim terbabit Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang. Beliau berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah ke penempatan penduduk. Katanya, antara kampung terbabit Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian dalam Mukim Baling. "Di Mukim Pulai Kampung Tok Weng, Tok Mat Ali. Manakala di Mukim Siong Kampung Kampung Siput dan Memali. https://youtu.be/z78HPE0UjQQ "Turut dinaiki air Kampung Padang Empang, Dusun dan Iboi di Mukim Kupang," katanya dalam kenyataan, hari ini. Bagaimanapun katanya tiada Pusat Pemindahan ...

[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska

Image
[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160921/ Angka kematian mangsa yang terkorban dalam kejadian serangan di sebuah taska di timur laut Thailand meningkat kepada 37 orang, sekali gus mencatat sejarah sebagai tragedi pembunuhan kanak-kanak secara beramai-ramai terburuk di dunia. Dalam kejadian tragis yang menyayat hati itu, 24 daripada mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak taska berkenaan dari dua hingga lima tahun yang ketika kejadian sedang lena tidur. Kesemua mangsa dibunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau dalam kejadian pada Khamis (6 Okt), sebelum suspek kemudian pulang ke rumahnya lalu membunuh isteri dan anaknya, dan akhirnya membunuh diri, lapor Wionews.  Kolonel polis, Jakkapat Vijitraithaya dalam kenyataannya berkata, suspek dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, bekas seorang leftenan kolonel polis yang telah dipecat pada tahun lalu sabit kesalahan mengambil dadah. ...

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Image
[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160916/ Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan trafik terhenti sehingga ke dalam terowong Menora 5 Oktober 2022, 23:44. Semua lorong arah Selatan dan Lorong kanan, Lorong tengah arah Utara terhalang. Trafik terhenti arah Selatan dan perlahan 1Km arah Utara.  View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

Image
Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160912/ Manjung: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya mengesan kemalangan berkenaan selepas rakaman video tular di media sosial yang dimuat naik di kumpulan Facebook 'Komuniti Seri Manjung'. "Siasatan mendapati kemalangan kira-kira 3.15 petang itu terjadi ketika kereta dipandu wanita berusia 75 tahun itu dipandu dari arah sebuah farmasi menghala ke arah stesen minyak Caltex Samudera. "Apabila tiba di simpang tiga pasar raya itu, pemandu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh psar raya terbabit, katanya dalam kenyataannya, malam tadi. Nor Omar berkata, wanita warga emas itu cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung. "Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 bagi kesalahan ...

KL City mara ke final Piala AFC

Image
KL City mara ke final Piala AFC BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160908/ Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian Johor Darul Ta'zim (JDT) yang memenangi saingan itu pada 2015 lalu. Dalam aksi final Antara Zon menyaksikan anak buah Bojan Hodak mengejutkan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana dengan kemenangan menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat tanpa jaringan dalam masa 120 minit di Kompleks Sukan Sogdiana, Jizzakh di Uzbekistan, sebentar tadi. Kejayaan itu membolehkan KL City menempah pertemuan dengan kelab dari Oman, Al Seeb yang menewaskan Al Riffa dari Bahrain dengan 4-0 dalam aksi final Zon Barat, dengan final dijadual berlangsung pada 22 Oktober ini. Skuad The City Boys yang menewaskan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 di separuh akhir memberi ancaman menerusi tandukan Giancarlo Gallifuoco hasil sepakan sudut di minit ke-28 sedikit tinggi melewati ...

Pengantin baharu mati sebab terlebih 'ubat kuat'

Image
Pengantin baharu mati sebab terlebih 'ubat kuat' BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160903/ Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di kawasan Karangpandan, Karanganyar, Jawa Tengah ketika kakitangan hotel membuat pemeriksaan selepas menyedari mereka terlewat mendaftar keluar, Isnin lalu. Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti mengesahkan, pasangan masing-masing berusia 30 dan 27 tahun yang berasal dari Mojosongo, Kota Solo itu baharu saja bernikah beberapa minggu lalu. Katanya, mereka membuat tempahan untuk menginap di hotel itu pada 4.30 petang, Sabtu lalu. "Mengikut maklumat kakitangan hotel, pasangan itu sempat memohon untuk memanjangkan tempoh masa penginapan mereka sehingga 4 petang, Ahad. "Namun, pada keesokannya, kedua mereka tiada khabar sehingga kakitangan hotel membuat pemer...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Image
[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160897/ Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, walaupun mendapat tentangan oleh pihak pembangkang yang menyifatkan akan berlakunya banjir, perkara itu tidak menjadi penghalang pihaknya. “Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir. “Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan,” tegasnya ketika sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama semua ketua bahagian UMNO di sini hari ini. https://youtu.be/KpzZd21A4lg

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Image
[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160892/ Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur. Dia diminta mengulas jika pertemuan terbabit dibuat mengenai desas-desus pilihan raya umum ke 15 (PRU). “Benda baik-baik sahaja,” jawab Ahmad Maslan ringkas. Jelasnya, pertemuan hari ini membabitkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian Umno. https://youtu.be/jMRw6XqCxWA "Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di WTC Kuala Lumpur. Ahmad Maslan turut memaklumkan sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu se...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160887 “Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas Ahmad Zahid, PAS juga sedia maklum dengan syarat Umno itu dan telah menetapkan tarikh akhir untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menjelaskan lebih lanjut bila tempoh masa tersebut. "Keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) ialah mengabsahkan jika PAS mahu bersama-sama dengan kita (Umno) setelah memenuhi syarat-syarat yang telah kita tentukan. "(Oleh itu PAS perlu putuskannya) secepat yang mungkin dan mereka tahu tarikh akhir yang diberikan kepada mereka," katanya. Dia berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan khas pemimpin bahagian dengannya dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini. Um...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Image
[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160882/ Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang media, Zahid berkata beliau amat menghargai keputusan dibuat GRS selepas rundingan antara BN dan gabungan itu. Kerajaan Sabah adalah gabungan antara ADUN daripada GRS dan BN. GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor terdiri daripada Bersatu, PBS, SAPP, STAR, dan Usno. Dalam pada itu, Zahid turut memaklumkan BN menerima permohonan daripada parti-parti untuk menyertai gabungan itu. Beliau berkata, permohonan yang dikemukakan akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN. https://youtu.be/uRVPj7Zh3X8 “Kami yakin dengan empat parti teras, lapan parti gabungan dan tujuh lagi parti baru yang mahu menyertai BN sebagai ‘friends of BN’ atau parti teras,” katanya. Enam parti dilaporkan ingin menyertai gabungan itu termasuk ...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

Image
[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160877/ ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berdekatan Masjid Zahir di sini semalam. Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan melanggar peraturan selain menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini. “Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi. “Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah memang tak ada kebenaran,” katanya di sini hari ini. Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk memangg...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Image
[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160872/ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya pada 17 September lalu. Beliau dalam kenyataan media hari ini mengesahkan berikutan pelbagai spekulasi timbul berkenaan dengan pertemuan beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan Abdul Hadi. “Pertemuan empat mata tersebut berlangsung dengan penuh harmoni berteraskan semangat mahabbah dan ukhuwwah persaudaraan Islamiah.” Katanya, banyak perkara diperbincangkan termasuklah mengenai agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama satu ketika. “Semangat kerjasama politik atau taawun siyasi antara UMNO-PAS pada waktu itu berpaksikan kepada keinsafan betapa perlunya dua Parti Induk Bumiputera Melayu-Islam terlebih dahulu diperkasakan bagi memungkinkan terlaksananya penyatuan ummah dalam e...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Image
[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160868 / Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu Malaysia), semalam. Sebanyak tiga kali gempa dengan kekuatan pertama magnitud 6.1, kemudian magnitud 5.1, dan yang terakhir magnitud 5. Gempa bumi kuat yang disusuli gempa susulan dirasai tiga hingga lima saat di beberapa daerah termasuk Tapanuli Utara, Humbang Hasundutan, Toba, Tapanuli Tengah, Labuhan Batu Utara dan Medan. Selain itu, gempa yang terjadi mengakibatkan kerosakan 872 rumah penduduk, 60 rumah ibadah, dan 22 batang jalan. Bencana ini juga menyebabkan tanah longsor dan kebakaran. Kebakaran terjadi di wilayah Pahae Jaya, Desa Sarulla akibat litar pintas elektrik selepas gempa. https://www.instagram.com/tv/CjN5CJggxhd/?utm_source=ig_web_copy_link Penduduk di Tapanuli Utara, Humbang Hasundutan dan Tob...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

Image
[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160862 JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku mengakibatkan 129 orang terkorban. Dalam catatan Instagramnya, Encik Mahfud berkata sebanyak 42,000 tiket dijual bagi stadium yang boleh menampung hanya 38,000 penonton. Suasana panik tercetus selepas pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku menyusuli perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, menyebabkan ramai orang berasak-asak cuba melarikan diri. Kebanyakan mangsa terpijak sampai mati, menurut polis hari ini (2 Okt). Para penyokong dari kedua-dua kelab bola sepak dilaporkan bergaduh di dalam stadium selepas Persebaya Surabaya mengalahkan Arema Malang 3-2 dalam perlawanan BRI Liga 1. https://www.instagram.co...

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

Image
[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160855/ MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan yang dibuat oleh MKT itu, katanya, konsisten dengan pendirian parti sejak awal untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020. Ahmad berkata seluruh jentera parti telah diarah untuk memuktamadkan semua persiapan pilihan raya. Tambahnya, hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi sahaja kerajaan yang stabil boleh dibentuk un...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Image
[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160851/ Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris, berkata sebaliknya apa dimaksudkan Muhyiddin ketika mengulas hasil pertemuan dengan pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi Awang Isnin lalu itu, bahawa parti itu perlu membuat membuat pendirian lebih jelas soal kerjasama dalam pilihan raya. “Muhyiddin kata hasil perbincangan dengan presiden PAS beliau mendapat bayangan PAS akan membuat keputusan sama ada bersama Umno atau bersama PN. Itu sahaja, tak nampak beliau desak atau tekan PAS, saya tak nampak, tiada istilah kata dua. “Muhyiddin masih lagi meraikan kehendak PAS menjayakan penyatuan ummah. Kita Bersatu tak marah PAS jumpa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi,” katanya. Beliau berkata de...