[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara
[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160868/
Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu Malaysia), semalam.
Sebanyak tiga kali gempa dengan kekuatan pertama magnitud 6.1, kemudian magnitud 5.1, dan yang terakhir magnitud 5.
Gempa bumi kuat yang disusuli gempa susulan dirasai tiga hingga lima saat di beberapa daerah termasuk Tapanuli Utara, Humbang Hasundutan, Toba, Tapanuli Tengah, Labuhan Batu Utara dan Medan.
Selain itu, gempa yang terjadi mengakibatkan kerosakan 872 rumah penduduk, 60 rumah ibadah, dan 22 batang jalan.
Bencana ini juga menyebabkan tanah longsor dan kebakaran. Kebakaran terjadi di wilayah Pahae Jaya, Desa Sarulla akibat litar pintas elektrik selepas gempa.
https://www.instagram.com/tv/CjN5CJggxhd/?utm_source=ig_web_copy_link
Penduduk di Tapanuli Utara, Humbang Hasundutan dan Toba yang panik segera meninggalkan rumah dalam suasana gelap kerana bekalan elektrik terputus, katanya.
Beliau mengingatkan penduduk supaya tidak meletakkan perabot dan alat elektronik bersaiz besar di laluan kecemasan untuk memudahkan mereka keluar rumah semasa gempa.
Penduduk yang tinggal di pesisir pantai pula digesa menuju ke tempat yang lebih tinggi sekiranya gempa berlaku lebih dari 30 saat untuk menghindari kemungkinan terjadinya tsunami.
Comments
Post a Comment