Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber
Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160931/
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari tadi.
Memetik laporan New Straits Times (NST), kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak dihidu media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana.
Ini kerana rata-rata media membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sejak pagi tadi.
Diifahamkan, Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda berhubung pembubaran Parlimen.
"Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok," kata sumber.
Difahamkan, Perdana Menteri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong untuk lawatan khas ke United Kingdom yang bermula esok hingga 16 Oktober.
Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London termasuk pertemuan dengan Raja Charles III di Istana Buckingham pada 12 Oktober.
Khamis lalu, Ismail Sabri selesai menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara.
Ismail Sabri sempat melambai kepada hampir 100 pengamal media yang berkampung di hadapan pintu utama Istana Negara seawal 7.30 pagi tadi.
Sesi Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong itu mendapat perhatian berikutan spekulasi beliau memohon pembubaran Parlimen daripada baginda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau dipercayai turut menyentuh mengenai Bajet 2023 dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong yang dibentang di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.
Pelbagai tanda tanya serta persoalan bermain di fikiran rakyat ketika ini memandangkan desas-desus berkenaan pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang.
Perkara itu dikuatkan lagi dengan kesepakatan yang dibuat menerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini yang bersetuju agar pembubaran Parlimen dilaksanakan dalam masa terdekat iaitu pada tahun ini juga.
Comments
Post a Comment