[VIDEO] Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat


[VIDEO] Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160926/

BALING: Empat mukim di Baling landa banjir kilat awal pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi (8 Oktober 2022)  menyebabkan membabitkan 81 keluarga terjejas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata mukim terbabit Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah ke penempatan penduduk.

Katanya, antara kampung terbabit Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian dalam Mukim Baling.

"Di Mukim Pulai Kampung Tok Weng, Tok Mat Ali. Manakala di Mukim Siong Kampung Kampung Siput dan Memali.

https://youtu.be/z78HPE0UjQQ

"Turut dinaiki air Kampung Padang Empang, Dusun dan Iboi di Mukim Kupang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun katanya tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Katanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima laporan kejadian banjir kilat kira-kira jam 6 pagi dan bergegas ke lokasi untuk meninjau dan membantu penduduk.

"Ada rumah mangsa dinaiki air paras 0.5 meter namun setakat ini tiada penduduk dipindahkan dan APM membuat pemantauan kerana cuaca mendung pagi ini.

"Air Sungai Ketil juga di paras berjaga-jaga dan penduduk yang tinggal berdekatan dengan tebing diarah berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma