Pengaktifan Secure2u, boleh dibuat di mesin ATM mulai 31 Oktober ini


Pengaktifan Secure2u, boleh dibuat di mesin ATM mulai 31 Oktober ini

BACA seterusnya: https://pakdin.my/168979/

PELANGGAN yang mendaftar Secure2u buat kali pertama atau pada peranti lain atau baharu, boleh mengaktifkannya dengan selamat dan mudah melalui mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) Maybank, bermula 31 Oktober 2023.

Melalui kenyataan, Maybank memaklumkan langkah tambahan itu bertujuan untuk mengurangkan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan.

Penggunaan pengaktifan Secure2u melalui ATM membolehkan pelanggan mengawal proses pengesahan perbankan dalam talian mereka dengan lebih baik dengan pengesahan identiti secara fizikal di ATM.

Untuk mendaftar Secure2u, pelanggan hanya perlu mengikuti dua langkah mudah.

"Pertama, daftar Secure2u dalam aplikasi MAE dan kedua, aktifkan Secure2u dengan nombor PIN kad debit, kredit, atau caj mereka di mana-mana daripada 3,000 ATM Maybank di seluruh negara, mengikut keselesaan pelanggan," kata kenyataan itu.

Selepas pengaktifan Secure2u melalui ATM, pelanggan boleh mula meluluskan transaksi selepas 12 jam.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL