GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak


GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158459  

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Pembantu kepada Pengerusi GPS Abang Johari Openg, hari ini, berkata GPS berpendirian teguh dan kekal tidak berkompromi dengan Bersatu dan akan bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri itu.

Fazzrudin Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong, berkata pendirian sama sudah disuarakan Abang Johari dan keputusan itu tidak berubah.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, dilaporkan meminta Abang Johari, baru-baru ini, mempertimbang calon Bersatu diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Sarawak.

Dalam maklum balas, hari ini, Fazzrudin berkata, usaha menuntut semula dan mempertahankan hak Sarawak terjamin menerusi kemenangan GPS di kerusi Parlimen negeri ini. “Sekiranya Sarawak makmur, saya percaya negara juga akan makmur,” katanya yang juga timbalan ketua pemuda PBB, parti teras dalam GPS.

Katanya, memberikan GPS menentukan hala tuju Sarawak akan menyumbang kepada kestabilan politik.

Merujuk kepada “krisis politik pada 2020”, beliau berkata: “Kita berada dalam kemelut politik sudah terlalu lama dan dalam tempoh ketidakstabilan ini, pada tahap tertentu, melembabkan pembangunan ekonomi dan urus tadbir negara.”

Krisis politik pada 2020 berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh susulan Bersatu, dipimpin Muhyiddin, dan sekutunya, membentuk kerajaan baharu di bawah Perikatan Nasional.

PN menguasai 51 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, mempunyai sokongan daripada Barisan Nasional (42 kerusi), GPS (18 kerusi) dan enam kerusi daripada parti kecil lain.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL