[VIDEO] Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen


[VIDEO] Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166037

SHAH ALAM  -- Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sebanyak RM28,000, tahun lepas.

Nurshafeza Jamaludin, 36, didakwa menerima wang itu daripada seorang wanita, tanpa lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah unit apartmen di Puchong antara 22 Okt 2022 dan 1 Dis 2022.

Pertuduhan di bawah Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta yang sama iaitu penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yong Ching Hong manakala tertuduh diwakili peguam Shahrin Satheer.

Hakim Muhamad Anas Mahadzir menetapkan jaminan RM3,000 berserta seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 24 Julai ini.

Pada 12 Feb lepas media melaporkan polis menahan lapan individu termasuk enam wanita disyaki terlibat dalam skim sapiza extra saving di empat negeri dalam serbuan pada 27 Jan susulan 116 laporan yang diterima pihak berkuasa di seluruh negara berhubung skim penipuan itu melibatkan kerugian RM4.43 juta.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL